Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,
KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun koma dan
dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas dipercayai
dipukul teman lelaki ibunya dalam kejadian di Manir, dekat sini,
kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa dipercayai dipukul suspek
berusia 26 tahun ketika bersama ibunya berusia 22 tahun di kediaman
lelaki terbabit.
“Suspek dipercayai memukul mangsa selepas berang dengan kanak-kanak terbabit yang dikatakan aktif dan membuat bising.
“Mangsa yang cedera di kepala kemudian dikejarkan ke hospital dan kini
ditempatkan di wad kanak-kanak hospital berkenaan,” kata sumber.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Negeri, K Manoharan yang
dihubungi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak
2001.
Katanya, identiti suspek sudah dikenal pasti dan usaha memburunya sedang dijalankan.
DEL: Alahai... apa la dah jadi dengan manusia sekarang ni... Makin pelik dan kejam! Moga kanak-kanak ini segera sembuh... Amin...