Nuffnang

Saturday, July 28, 2012

Lahir sebelum 1989 perlu saringan hepatitis

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,
 
Petaling Jaya: Kementerian Kesihatan menasihati rakyat Malaysia, khususnya yang lahir sebelum 1989, agar menjalani saringan penyakit hepatitis.

Ini berikutan, bilangan kes baru terutama Hepatitis B dan C meningkat sekali ganda tahun lalu berbanding 2010, iaitu daripada 640 kes kepada 1,250 kes bagi Hepatitis B dan 724 kepada 1,047 untuk Hepatitis C.

Saturday, July 21, 2012

Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Alhamdulillah hari ini bermulalah perjuangan kita dalam memperbanyakkan amal ibadah sempena meraikan bulan Ramadhan. Dalam apa jua keadaan, jangan dilupa kepada saudara-saudara Islam kita di seluruh pelosok dunia yang tidak semewah kita, yang tidak makan bertahun-tahun lamanya. Panjatkan doa untuk mereka agar kita sentiasa beringat.

Berikut adalah adab-adab berbuka puasa menurut sunnah Rasulullah:

1. Menyegerakan berbuka apabila telah masuk waktu berbuka. 

"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa." - Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim

2. Berbuka dengan kurma, tamar atau air.

"Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan memakan beberapa biji rutob sebelum menunaikan solat. Sekiranya tiada rutob, baginda berbuka dengan kurma. Jika tiada kurma, baginda meminum beberapa teguk air." - Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tirmizi

3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka, sekiranya makanan masih belum dihidangkan.

"Apabila makanan dihidangkan, mulakanlah dengan makanan sebelum kami menunaikan solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh-gapahketika menjamah makan malam kamu." - Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim


Wednesday, July 11, 2012

Tip: Elak Gejala Negatif

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Dewasa ini kita sering mendengar perkara-perkara negatif yang melanda remaja... Keadaan ini semakin serius dan membimbangkan. Apa agaknya tip untuk mengelakkan anda terjebak dengan perkara-perkara yang negatif?
  1. Pilih rakan-rakan yang boleh membimbing anda kepada perkara-perkara yang positif. Jangan memilih rakan-rakan yang bersifat negatif. 
  2. Perkuatkan diri dengan pendidikan agama agar anda boleh menilai sesuatu perkara (baik atau buruk).
  3. Hindari perkara-perkara negatif seperti ponteng sekolah, merokok dan gejala-gejala negatif lain.
  4. Fahami rutin harian anda seperti sebab perlu ke sekolah atau tuisyen, beriadah dan lain-lain supaya anda tahu tanggungjawab anda. 
  5. Sibukkan diri dengan perkara-perkara yang berfaedah agar anda tidak merasa stres.
  6. Jadikan ibu bapa dan ahli keluarga sebagai tempat untuk mengadu jika ada sebarang masalah.
  7. Apa jua yang anda ingin lakukan, fikir ibu bapa dan keluarga anda, kasihanilah mereka. 

Knowing Us! :D

IKIP International College was established in 1992 and is fully owned by Yayasan Pahang. Our programs are accredited by Malaysian Qualifications Agency (MQA), and recognized by the Ministry of Higher Education for credit transfers at degree, masters and Ph.D level to our partner universities as well as other institutions of higher learning.

Besides running an internal programs, IKIP International College also running the franchise programs with internal and overseas universities to make sure the education opportunity in parallel with the Vision 2020.

Art, Design & Media

The field of Art, Design and Media is equally important as any engineering or business fields. Today's designers, artists and journalists are at the forefront of the development of Malaysian Art & Culture. Objectivity, creativity and attention to detail are the key components to a successful career in this field.

IKIP International College's Art, Design & Media programs have been closely developed together with our local partner universities to ensure all graduates are well versed in their chosen fields and able to communicate their ideas in the most creative way.

Faculty Strength

Learning technique focused on 60% of theory and 40% of practical.

Convocation ceremony and Diploma Awarded are fully handled by collaborated university.

Eligible to pursue Degree at collaborated university.

Qualify for credits exemptions from collaborated university.


CAREER OPPORTUNITIES IN JOURNALISM

JOURNALIST

EDITOR

RADIO & TV SCRIPT WRITER

COPYWRITER

NOVELIST

TRANSLATOR

PHOTOGRAPHER

LAYOUT DESIGNER

PUBLIC RELATION OFFICER


Interested to join JOURNALISM @ IKIP?

IKIP International College,
Kampus Taman Gelora,
25050 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Tel: 09-5678999
Fax: 09-5677999
Tol Free: 180088999