Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,
Gambar dari Google |
Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan Kebangsaan di Bordeaux, Perancis, warga tua yang menggunakan minyak zaitun dalam pemakanan harian mereka kurang berdepan dengan risiko penyakit angin ahmar berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.
Kajian telah dibuat selama lima tahun terhadap 7,625 orang yang berusia 65 tahun ke atas dari tiga bandar raya iaitu Bordeaux, Dijon dan Montpellier. Sepanjang tempoh itu, hanya 148 daripada mereka diserang penyakit tersebut.
Menarik bukan! Ayuh amalkan cara pemakanan yang sihat. Mungkin anda boleh mulakan dengan resipi diet salad seperti berikut:
Resipi Diet Salad
Bahan-bahan (untuk empat orang)
10 - 15 helai daun Kubis (dihiris dan direbus sedikit)
4 biji tomato (dipotong dadu)
2 biji lobak (dipotong halus dan direbus sedikit)
2 sudu perahan limau nipis
1/4 biji bawang besar(dipotong dadu)
4-5 sudu besar Mayonis
3 keping daging burger (dihancurkan)
50 gram isi ayam (dipotong kecil)
Garam
Minyak zaitun
4 biji ubi kentang sederhana besar (dipotong dadu)
Cara-cara
1. Goreng kentang sehingga empuk dengan mengggunakan minyak zaitun, dan tabur sedikit garam dalam kuali semasa menggoreng.
2. Gaulkan ayam dengan sedikit garam. Goreng sehingga masak (tidak perlu terlalu garing).
3. Goreng daging burger yang telah dihancurkan.
4. Gaulkan semua sayur dan bawang yang telah dipotong. Seaasa menggaul, masukkan air perahan limau.
5. Masukkan mayonis dan gaul lagi. Biarkan untuk 10 minit.
6. Kemudian masukkan semua bahan yang telah digoreng, (ubi kentang, daging burger dan ayam).Gaulkan.
7. Titikkan dengan minyak zaitun dan sedia dimakan dengan roti, atau makan begitu saja.

Selamat mencuba!
Resipi Diet Salad ini telah diubah suai dari resipi asal butterflyoncake di MyResipi.com. Terima kasih kepada butterflyoncake di atas resipi sihat di atas.
mencegah lebih baik drpd mengubati :)
ReplyDeletebetul betul.. setuju dengan alif haris... ;-)
ReplyDeletesebut pasal minyk zaitun, masalahnya 1 je..agak mahal.. T__T tak mampu la kalau setiap kali habis, setiap kali tu jugak nak beli. sekali sekala boleh la..
ReplyDeletetyntha lana: mmg minyak zaitun mahal.. sbb tu cmpr skit2 je dalam masakan.. jgn la buat goreng pulak :p ataupun kalau lagi nak jimat, minum satu sudu besar setiap pagi... boleh kurus tau!! heheh
ReplyDeletethank you armouris... :-)
ReplyDelete