Assalamualaikum dan Salam 1DEL,
![]() |
Sebahagian pelajar bergambar bersama Puan Norzimah Kasran |
![]() |
Sebahagian pelajar bersama Puan Norafizah Abdul Karim dan Puan Marhana Hamzah |
![]() |
Akhirnya... |
Alhamdulillah dan sekalung TAHNIAH kami ucapkan kepada para graduan DEL (sesi 2008-2011) yang telah secara rasminya menamatkan pengajian dan menggenggam DIPLOMA pada 15 Oktober 2011, Sabtu lalu.
Kami warga DEL, sangat berbangga dengan pencapaian para graduan dan kami sangat terharu serta gembira melihat anda menerima scroll.
Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Duratul Ain Ahmad Nazri kerana telah diumumkan sebagai pelajar cemerlang Sekolah Pengajian IKIP Diploma (SODS), dalam Majlis Konvokesyen itu. Untuk pengetahuan semua, Duratul Ain kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Penerbitan. Semoga Dura dapat mengekalkan prestasi dan terus menjadi pelajar cemerlang dalam jurusan yang diambil.
Oh ya... Anda masih ingat pada Ahmad Mussaddiq? Alhamdulillah, Mussaddiq juga dapat bersama rakan-rakan yang lain untuk menerima diplomanya. Sesungguhnya kami amat gembira melihat Mussaddiq mengambil sendiri Diplomanya di atas pentas. Moga Mussaddiq terus tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Dengan iringan doa dan harapan, agar para graduan DEL dapat melebarkan sayap dengan lebih jauh lagi dalam bidang KEWARTAWANAN. Semoga anda semua terus berjaya!!
![]() |
Ahmad Mussaddiq |
Sangat suka moment ni... Congratulation semua...
ReplyDelete