Assalamualaikum & salam 1Malaysia,
Alhamdulillah, dengan limpah dan kurnia-Nya, kami dapat sama-sama berkumpul dan melakukan aktiviti 'kekeluargaan' bagi Diploma Kewartawanan (IKIP) pada 11 Mac 2011, bersamaan hari Jumaat yang lalu. Aktiviti yang telah dirancang oleh Persatuan Kewartawanan IKIP, telah dijalankan di De Rhu Beach Resort, Balok, Kuantan.
Tujuan Hari Keluarga ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara junior dan senior serta para pensyarah. Aktiviti dimulakan dengan sarapan pagi di De Rhu Beach Resort, dan kemudian disertai dengan pelbagai sukaneka, antaranya: lari dalam guni, tarik tali, dadu, 'mencari harta karun' dan lain-lain *walaupun hujan lebat pada awal paginya*
![]() |
Sukaneka: Lari dalam guni... |
Setelah penat bersukaneka pada sebelah pagi (hingga tengah hari), kelihatan semua pelajar amat ceria. (mungkin sebab dapat lari dari ketegangan belajar dan membuat tugasan). Apa yang menarik, aktiviti yang telah dirancang pada sebelah petang (selepas solat Jumaat) adalah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan BBQ... Wah, bunyi sangat menarikkan?!
Kita hanya merancang, tapi perancangan Tuhan itu lebih baik. Pada sebelah petangnya, (ketika pelajar beransur-ansur ke masjid untuk solat Jumaat) hujan mula turun. Semakin lama, semakin lebat! Aktiviti yang kami rancangkan pada sebelah petangnya tidak dapat dilakukan. Sesiapa yang hadir pada Hari Keluarga itu, pasti akan menjadikan kejadian hari ini sebagai KENANGAN YANG PALING INDAH. :p
Oleh kerana blog ini sedikit rasmi, maka penulis tidak dapat menceritakan dengan lebih lanjut, melainkan para pembaca boleh 'mencari' sendiri apa yang berlaku pada kami sekeluarga. :p Walau apa pun yang berlaku, pada penulis, ini adalah pengalaman yang mengeratkan lagi silaturahim kami dan secara tidak langsung mengajar kami akan erti KERJASAMA dan TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI...
Apapun, BBQ tetap dijalankan di rumah Puan Norzimah Kasran di atas sebab-sebab tertentu.. ;-p Kami juga ingin mengucapkan ribuant terima kasih kepada senior (Izzati, Liza dan Iskandar) yang sudi meluangkan masa menjenguk kami di pantai Balok (walaupun dalam keadaan yang agak tidak sesuai :p.. harap mereka tidak serik.. hehehe)
Apapun, BBQ tetap dijalankan di rumah Puan Norzimah Kasran di atas sebab-sebab tertentu.. ;-p Kami juga ingin mengucapkan ribuant terima kasih kepada senior (Izzati, Liza dan Iskandar) yang sudi meluangkan masa menjenguk kami di pantai Balok (walaupun dalam keadaan yang agak tidak sesuai :p.. harap mereka tidak serik.. hehehe)
P/s: Pada hari yang sama, Jepun di landa gempar bumi dan tsunami.. (tentu anda boleh agak apa yang berlaku pada kami di tepi pantai Balok...)
okay. sy jeles. batch kami tak sempat nk merasa. uhuk.
ReplyDeleteheheheh apa kata batch syue plan buat reunion... mesti kecoh punya!!!
Delete