Artikel oleh: MUIZZUDDIN MAKSAH
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Allahyarham Noramfaizul |
Saat rakyat Malaysia sedang bergembira meraikan Syawal, kita telah dikejutkan dengan berita pemergian seorang jurugambar BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban akibat tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia, semalam.
Allahyarham Noramfaizul merupakan Ketua Media bagi "Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia" dan BAKTI. Disahkan meninggal jam 6.07 petang ketika membuat liputan di Mogadishu. (Selain Allahyarham terdapat 55 lagi anggota sukarelawan dalam misi tersebut.)
Sekalung takziah dari kami rakyat Malaysia buat isteri Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, Norazrina Jaafar dan keluarga. Allahyarham Noramfaizul juga meninggalkan dua orang cahaya mata lelaki, Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3. Pemergian Allahyarham sangat dirasai oleh semua pihak.
“Saya bersyukur anak meninggal dalam jihad. Ketika pengebumian tadi (semalam), wajahnya berseri-seri,” kata Naemah Abd Majid, 63, ibu Noramfaizul Mohd Nor, 40, selepas majlis pengebumian, semalam (*petikan dari myMetro).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Allahyarham seorang wira negara kerana sedia bertugas untuk negara, walaupun negara Somalia sedang bergolak.
Setiap anggota sukarelawan, termasuk wartawan dan krew media seharusnya diberikan latihan asas ketenteraan dan aspek melindungi keselamatan diri sebagai persediaan sebelum menyertai misi kemanusiaan di negara bergolak.
Sayu melihat anak-anak Allahyarham... |
Semoga roh Allahyarham Noramfaizul ditempatkan bersama golongan beriman... Buat keluarga Allahyarham, sekalung takziah... Semoga tabah dan redha dengan ujianNya. Sesungguhnya kami rakyat Malaysia, turut merasai pemergian Allahyarham Noramfaizul.
NORAMFAIZUL MOHD NOR
14 November 1971 - 2 September 2011
Al-Fatihah...
*Tidak gentar malah tetap bersemangat untuk meneruskan impian menjadi wartawan suatu hari nanti. Insyaallah...
Kalau tengok wajah anak-anak Allahyarham, mesti menitis air mata... Moga rohnya dicucuri rahmat... Al-Fatihah...
ReplyDeletesaya dpt rasakan sewaktu muizzuddin menulis artikel nie msti die menitiskan air mate kerana penulisannya sgt2 berkesan :)
ReplyDelete