Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
(Nukilan Puan Norzimah Kasran, Pengarah Program, Sekolah Pengajian Diploma IKIP)
Rasanya baru semalam aku mendengar suara mersik berbisik “Puan, saya dapat panggilan interview, government”, riangnya suara itu dapat ku gambarkan keseronokkan dan kepuasan Pyan…
Berkulit sawo matang, kacak dan semua orang bersetuju denganku. Rupanya ada yang lebih ku kenangi, Pyan tidak pernah menyentuh hatiku. Pyan tidak pernah membuat aku meninggikan suara. Pyan tidak pernah mengecewakan aku. Pyan tidak pernah berpaling wajah ketika aku melontar bait-bait ucap melahir marah dan ekspresi tersinggung dek ahli kumpulan yang lain.
Itulah Pyan, atau belum cukup untuk aku medeskripsi tentangnya? Oh… aku masih teringat ketika Ayu… atau Rohayu, pacarnya ketika itu, mahu mencuri hati Pyan, mencari peluang bertentang mata, mencari can berkumpulan bersama, mencari jalan diberi waktu berdua.
Memang cocok pacaran pasangan ini sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin. Ahh… biarkan perkara itu, aku ingin berbicara tentang Pyan.
Perwatakannya pemalu, selalu merah padam mukanya jika ku terjah sekali sekala dengan soalan-soalan membunuh. Maklum saja, pensyarah Kewartawanan katanya… tersipu Pyan jika tidak dapat menjawab. Aku ketawa, di dalam hati, lesung pipit dan gelabahnya membuat aku akan lebih tercuit, suka. Memang kacak pelajar ku ini.
(Nukilan Puan Norzimah Kasran, Pengarah Program, Sekolah Pengajian Diploma IKIP)
Allahyarham Suffian ketika hayatnya di hospital |
Berkulit sawo matang, kacak dan semua orang bersetuju denganku. Rupanya ada yang lebih ku kenangi, Pyan tidak pernah menyentuh hatiku. Pyan tidak pernah membuat aku meninggikan suara. Pyan tidak pernah mengecewakan aku. Pyan tidak pernah berpaling wajah ketika aku melontar bait-bait ucap melahir marah dan ekspresi tersinggung dek ahli kumpulan yang lain.
Itulah Pyan, atau belum cukup untuk aku medeskripsi tentangnya? Oh… aku masih teringat ketika Ayu… atau Rohayu, pacarnya ketika itu, mahu mencuri hati Pyan, mencari peluang bertentang mata, mencari can berkumpulan bersama, mencari jalan diberi waktu berdua.
Memang cocok pacaran pasangan ini sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin. Ahh… biarkan perkara itu, aku ingin berbicara tentang Pyan.
Perwatakannya pemalu, selalu merah padam mukanya jika ku terjah sekali sekala dengan soalan-soalan membunuh. Maklum saja, pensyarah Kewartawanan katanya… tersipu Pyan jika tidak dapat menjawab. Aku ketawa, di dalam hati, lesung pipit dan gelabahnya membuat aku akan lebih tercuit, suka. Memang kacak pelajar ku ini.
Kadang-kadang Pyan menggaru kepala… tapi senyuman masih menguntum manis, sedikit berkedut dahinya, sambil mencuit rakan di sebelah. Bent selalu jadi mangsa. Tapi, Pyan tidak pernah menarik muka. Puas ku buli… bukan kerana apa, hanya untuk menguji, dan seharian aku akan puas bersama pelajarku… hanya kerana Pyan.
Dalam kalangan rakan-rakan, Pyan antara yang tinggi. Joe lebih tinggi. Tapi Pyan tetap yang paling kacak. Dari semester pertama hingga akhir, aku tidak pernah langsung mendengar suaranya meninggi. Daripada seorang yang amat pemalu, sehinggalah dia boleh berkongsi rasa denganku… hati ke hati. Dan sesungguhnya aku tidak akan melupakan saat itu. Ketika di semester ke-4, aku pernah menerima panggailan.
“Puan, bagaimana pelajaran anak saya? Hubungannya dengan Ayu?” Hati ibu mana yang tidak risau dengan anak bongsu daripada dua adik beradik ini. Dengan izin, memang aku berterus terang. Mereka intim. Mereka serius. Mereka saling perlu memerlui.
IKIP memang mengubah Pyan. Dulu Pyan sangat pemalu. Dari sehari ke sehari, Pyan semakin dewasa. Boleh berbicara lebih yakin… dan kami begitu intim. Pernah aku makan bersama-sama. Beberapa kali. Pyan, Ayu, Sofea, Min, Bent, Joe, Nazi dan kami mesra. Bukan apa, aku percaya bahawa ini bisa merapatkan hubungan kami, menghormati sesama sendiri dan menghargai diri masing-masing sebagai seorang individu, insan.
Benar, aku bertanya kepada Allah, mengapa Kau mengambil nyawanya? Pada usia seremajanya, dia masih belum kenal erti hidup. Dia baru memiliki kasih isteri, dia baru menjiwai apa itu tugas, tanggungjawab dan peranan. Lama Pyan di hospital. Benar, aku bertanya mengapa semua doktor tidak boleh mengambil tindakan awal untuk membendung masalah kesihatannya?
Benar, aku bertanya mengapa aku, aku aku tidak mengambil sedikit masa untuk menjenguknya… ketika majlis perkahwinannya, atau ketika dia di hospital? Mengapa? Malah ketika jenazahnya diusung…aku masih di sini? Luahan hati seorang aku yang masih lagi terus-terusan bertanya, Mengapa? 26 Ramadan 1432H, jam 12.45 pagi… Izrail tanpa sesaat pun terlewat, memanggilmu pulang. Jam 2 pagi, 0129875443 menerima mesej dengan ungkapan “Pyan dah xde.”
Kini, kain batik dan sebiji pasu bunga pemberiannya, akan kekal mengingatkan aku kepadamu. Seorang wira hati, yang lebih kukenangi atas kesantunan dan keperibadian yang jarang ku temui dalam diri anak muda ketika ini… Namun, redhalah aku. Ya Allah, jika kau mendengar suara ini, berikanlah…
Allahyarham Suffian ketika ke Jakarta & Bandung |
Pyan terhindar daripada seksaan kubur
Pyan diampunkan dosanya
Pyan dirahmati rohnya
Pyan untuk terus mekar dalam hati hati kami yang pernah mengenalinya.
Pyan, ini dari hati. Ada serangkap rindu yang terbuku…masih kemas dalam lipatan hati, semakin jauh, dengan air mata dan kasih sayang, tidak terlontar sehingga kau dijemputNya. Kami kehilangan. Dan kami akan terus merasa kehilangan sampai bila-bila.
– dari tinta ingatan seorang aku
walaupun saya tak pernah mengajar Allahyarham Suffian Hashim... tapi saya tetap merasa kehilangannya... Al-Fatihah... Buat Rohayu Sohor, semoga anda tabah dengan dugaan ini... Salam takziah dari saya...
ReplyDeleteKami juga tak pernah mengajar arwah tetapi tetap merasakan satu kehilangan....(Marhana Hamzah dan Nazatul Niza Nordin)
ReplyDeletepuan....sedih,sayunya baca nukilan ni...sebak dada teringat kisah di ikip...kenangan yg x kn d lupakan...(sofia)
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah blog kami Puan Marhana & Cik Niza...
ReplyDeleteSofia: mmg sayu baca... Ingatlah dari Dia kita datang... kepadanya juga kita kembali.. Al-Fatihah...
kepada semua terima kasih kerana mengigati kami berdua...Kepada Pn.Zimah terima kasih kerana mengigati setiap kenangan kami bersama Puan.kenangan di ikip Xkan pernah saya lenyapkan dari kotak ingatan kerana disitulah saya bertemu seorang lelaki yang begitu bermakna pada saya......buat selamanya....Rohayu Sohor (adeq)
ReplyDeleteRohayu... Kami warga DEL ucapkan takziah... Moga anda tabah dalam mengharungi kehidupan selepas ini... Jaga diri baik-baik, kami di sini sentiasa bersama anda... InsyaAllah...
ReplyDeleteal fatihah ! to rohayu moga tabah..ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA..
ReplyDeletetahziah ye kak adeq..mgkin akk da x igt azie yg penah duk satu umah di tg.api dulu tp azie xkan lupekan akk ngn arwah abg pyan..maaf..azie baru tahu hal ini dri kak cikin, kakak pakwe azie..
ReplyDelete