Artikel oleh: MOHD SHAFIQ ZULKIFLE (Semester 4)
Assalamualaikum, Salam 1Malaysia & Salam Kemerdekaan.
Adakah benar Hari Kemerdekaan ke-54 negara tahun ini ditunda? Tapi mengapa pula hari tersebut ditunda? Adakah ia tidak disambut langsung pada tahun ini? Kita sebagai anak Malaysia perlu menunjukkan rasa cintakan negara dengan meraikan hari kemerdekaan. Paling tidak dengan mengibarkan Jalur Gemilang…
Jangan khuatir… Hari Kemerdekaan tahun 2011 ini bukan tidak disambut, cuma ada sebab-sebab tertentu iaitu pada 31 ogos 2011 adalah hari terakhir umat islam berpuasa, risau pula jika Dataran Merdeka nanti tidak meriah seperti yang diinginkan!
Sumber dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan disambut serentak dengan Hari 1Malaysia iatu pada 16 September 2011.
Bukan bermakna Hari Kemerdekaan ditunda kita semua tidak perlu mengibarkan Jalur Gemilang, kita seharusnya bersemangat untuk mengibarkannya kerana ia akan disambut bersama-sama dengan hari 1Malaysia, pastinya akan lebih bermakna bagi kita sebagai rakyat Malaysia.
“1MALAYSIA: TRANSFORMASI BERJAYA, RAKYAT SEJAHTERA” adalah tema bagi Hari Kemerdekaan pada tahun ini. Ayuh semua rakyat Malaysia kita menyahut seruan kerajaan untuk mengibarkan Jalur Gemilang.
Gambar dari Google |

BUKTIKAN KITA SEBAGAI ANAK MALAYSIA, KIBARKAN JALUR GEMILANG!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
terbaik.;) tahniah shafiq! ;)
ReplyDeleteboleh jadi wartawan ni. ;)
ReplyDelete