Artikel oleh: MOHD SHAFIQ B ZULKIFLE (Semester 4)
Assalamualaikum & salam Ramadhan
Bulan Ramadhan kembali lagi, banyak bukti ilmiah yang menyebutkan tentang manfaat berpuasa. Jadi, inilah saat yang tepat bagi kita yang ingin mendapatkan pahala, sekaligus menunaikan ibadah puasa dengan bertenaga dan ikhlas.
Kita sering kali kelihatan lesu dan tidak bertenaga pada bulan puasa, adakah ini kerana kita tidak bangun bersahur? Ataupun makanan yang diambil ketika sahur itu tidak membekalkan tenaga sepanjang hari? Di sini saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk kekal bertenaga pada sepanjang bulan puasa:
- Makan tiga biji kurma ketika sahur dan tiga biji buah kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral.
- Minumlah oats ketika bersahur kerana fiber di dalam oats akan diproses secara perlahan, jadi kita boleh kekal bertenaga sepanjang hari.
- Ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati. roti, buah-buahan dan sayur-sayuran
- Banyakkan minum air kosong supaya badan tidak kekurangan air kerana apabila air kurang di dalam badan akan menyebabkan tenaga hilang dan badan menjadi lemah.
- Jangan makan mengikut nafsu ketika berbuka puasa, hal ini akan menyebabkan sistem badan akan terganggu.Mulakan dengan memakan kuih-muih dan minum air secukupnya.(kalau dah makan sekenyang-kenyangnya, mesti badan rasa malas untuk berterawihkan?)
- Sebaiknya makanlah nasi ketika berbuka kerana ia membekalkan tenaga yang banyak keesokkan harinya (ingat jangan makan terlalu banyak, nanti akan menyebabkan naik berat badan pula!).
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"
Ingat! Biar ikhlas puasa kita supaya tidak sia-sia ibadah yang kita lakukan itu.
Jangan puasa ‘nyang yok’ ye!!!
Selamat Berpuasa...
No comments:
Post a Comment