Nuffnang

Monday, May 14, 2012

Tips: Elak Pecah Rumah

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Gejala pecah rumah memang kerap berlaku. Jika dulu, rumah yang kosong atau yang ditinggalkan untuk satu jangka masa yang lama akan dimasuki penjenayah. Tetapi kini penjenayah juga agak berani memasuki rumah yang masih berpenghuni dan memeras ugut. 

Malah ada juga penjenayah yang berani membunuh asalkan apa yang mereka inginkan tercapai. Ayuh ikuti perkara-perkara yang menyebabkan gejala ini berlaku dan cara-cara untuk mengatasinya... 

Bagaimana boleh berlaku?
  • Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap.
  • Menggunakan jack untuk membuka jerjak besi tingkap.
  • Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
  • Memasuki melalui bumbung rumah atau siling yang terbuka.
  • Tingkap yang tidak berkunci atau terbuka. 
  • Menggunakan kunci pendua.
Sebab berlaku?
  • Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong. 
  • Tidak bermuafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing.
  • Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar.
  • Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar yang tidak dihentikan.
  • Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya. 



Cara-cara mencegah:
  • Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan.
  • Sentiasa pasang lampu apabila keluar dari rumah.
  • Jangan tinggal sebarang nota yang boleh membantu penjenayah bertindak.
  • Jangan meletakkan barang-barang tajam sepeti cangkul, penyodok, besi, parang dan lain-lain di luar rumah.
  • Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu dan menjamin keselamatan rumah.
  • Memelihara anjing (bagi yang bukan beragama Islam) boleh membantu mengawal rumah.
  • Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk rumah.
  • Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak samun dan rumpun pokok boleh menjadi tempat persembunyian penjenayah. 
Apa yang perlu dibuat jika berlaku pecah rumah?
  • Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
  • Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah. 

Informasi dipetik dari risalah edaran Pihak Polis Kontinjen Melaka "Bersama Memerangi Jenayah" 

No comments:

Post a Comment

Knowing Us! :D

IKIP International College was established in 1992 and is fully owned by Yayasan Pahang. Our programs are accredited by Malaysian Qualifications Agency (MQA), and recognized by the Ministry of Higher Education for credit transfers at degree, masters and Ph.D level to our partner universities as well as other institutions of higher learning.

Besides running an internal programs, IKIP International College also running the franchise programs with internal and overseas universities to make sure the education opportunity in parallel with the Vision 2020.

Art, Design & Media

The field of Art, Design and Media is equally important as any engineering or business fields. Today's designers, artists and journalists are at the forefront of the development of Malaysian Art & Culture. Objectivity, creativity and attention to detail are the key components to a successful career in this field.

IKIP International College's Art, Design & Media programs have been closely developed together with our local partner universities to ensure all graduates are well versed in their chosen fields and able to communicate their ideas in the most creative way.

Faculty Strength

Learning technique focused on 60% of theory and 40% of practical.

Convocation ceremony and Diploma Awarded are fully handled by collaborated university.

Eligible to pursue Degree at collaborated university.

Qualify for credits exemptions from collaborated university.


CAREER OPPORTUNITIES IN JOURNALISM

JOURNALIST

EDITOR

RADIO & TV SCRIPT WRITER

COPYWRITER

NOVELIST

TRANSLATOR

PHOTOGRAPHER

LAYOUT DESIGNER

PUBLIC RELATION OFFICER


Interested to join JOURNALISM @ IKIP?

IKIP International College,
Kampus Taman Gelora,
25050 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Tel: 09-5678999
Fax: 09-5677999
Tol Free: 180088999