Alhamdulillah hari ini bermulalah perjuangan kita dalam memperbanyakkan amal ibadah sempena meraikan bulan Ramadhan. Dalam apa jua keadaan, jangan dilupa kepada saudara-saudara Islam kita di seluruh pelosok dunia yang tidak semewah kita, yang tidak makan bertahun-tahun lamanya. Panjatkan doa untuk mereka agar kita sentiasa beringat.
Berikut adalah adab-adab berbuka puasa menurut sunnah Rasulullah:
1. Menyegerakan berbuka apabila telah masuk waktu berbuka.
"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa." - Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim
2. Berbuka dengan kurma, tamar atau air.
"Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan memakan beberapa biji rutob sebelum menunaikan solat. Sekiranya tiada rutob, baginda berbuka dengan kurma. Jika tiada kurma, baginda meminum beberapa teguk air." - Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tirmizi
3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka, sekiranya makanan masih belum dihidangkan.
"Apabila makanan dihidangkan, mulakanlah dengan makanan sebelum kami menunaikan solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh-gapahketika menjamah makan malam kamu." - Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim
Meninggalkan makanan ketika keinginan untuk menjamahnya begitu kuat atau dalam keadaan lapar, boleh menghilangkan kekhusyukan dalam solat. Para ulama mengatakan bahawa makruh menunaikan solat sewaktu makanan sudah terhidang di hadapan mata.
4. Tidak makan secara berlebihan ketika berbuka.
"Makan dan minumlah kamu serta janganlah berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan." - Surah al-A'raf: 31
5. Memperbanyakkan doa yang ma'tsur sebelum berbuka.
"Sesungguhnya orang yang berpuasa itu, doanya tidak akan tertolak ketika hampir waktu berbuka." - Diriwayatkan oleh Ibn Majah.
Waktu itu, kita boleh berdoa meminta apa sahaja doa yang dihajati. Ini kerana, orang yang berpuasa jiwanya bersih daripada segala dosa dan syahwat.
6. Berdoa kepada orang yang menjamu kita ketika berbuka.
"Nabi s.a.w. pernah datang ke rumah Sa'ad bin 'Ubadah. Beliau telah menghidangkan kepada baginda roti dan minyak. Baginda pun makan dan berkata: Aftara 'Indakum al-Soimun, wa akala to'amakum al-Abraru wa sollat 'alaikum al-Malaikatu (Telah berbuka bersamamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.)" - Diriwayatkan oleh Abu Daud.
Berdoalah kepada orang yang menjamu kita berbuka puasa agar kita diredhai dan dirahmati Allah S.W.T
DEL: Bersederhanalah ketika berbuka... Salam Ramadhan buat semua...
tima kasih atas entry ni !! bu suka sangat :)
ReplyDeletesama-sama kita berkongsi...
Deleteini yg saya cari. tq !
ReplyDelete:-) sama-sama _NisaFuzi_
Deleteinfo yang terbaik :)
ReplyDeleteno 3 tu..selalu orang lengah2kan solat maghrib sebab kekenyangan...
ReplyDeleteno 4 tu macam mana tak lengah solat,makan secara berlebihan itu yang kenyang sangat tu,dah mula malas nak solat segera...
tq for sharing..
betul tu!
ReplyDeletebtw, kurma n tamar bukan sama jeke? :D