Artikel oleh: SUHANA MURAT (Semester 4)
Assalamualaikum dan salam Ramadhan...
Setiap kali tibanya Ramadhan pasti kita menginginkan suasana berbuka puasa beramai-ramai, kerana dapat bertukar juadah ketika berbuka. Begitulah yang dilakukan oleh para pelajar Kewartawanan, Kolej Antarabangsa IKIP.
Semalam, warga Diploma Kewartawanan (DEL) yang terdiri daripada pelajar semester 3, 4 dan 5 telah berbuka puasa bersama-sama di padang MPK, Kuantan. Tujuan berbuka puasa ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim di kalangan junior dan senior.
 |
| Sebahagian pelajar Kewartawanan, berbuka di Padang MPK. |
|
Presiden Kelab Kewartawanan, Amin Husaini Hafidzi merupakan tunjang utama di dalam menjayakan majlis tidak formal ini. Alhamdulillah, walaupun tidak ramai yang dapat hadir akan tetapi memberi seribu makna kepada yang hadir dan merupakan pengalaman yang indah pada Ramadhan kali ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang hadir, dengan sokongan yang tinggi, warga DEL dapat berkumpul dan meraikan kemeriahan berbuka puasa ini.
* Harap maaf, atas sebab-sebab teknikal, gambar akan dimasukkan kemudian.
p/s: Kami akan menganjurkan Majlis Rasmi Berbuka Puasa bersama para pensyarah DEL di Taman Esplanade, Tanjung Api pada 16 Ogos 2011 nanti.
Tunggu ya!! :D