Nuffnang

Friday, August 26, 2011

Salam Takziah Buat Rohayu Sohor...

Assalamualaikum & salam Ramadhan,

Allahyarham Suffian Hashim bersama isteri, Rohayu Sohor ketika majlis perkahwinan mereka tahun lepas

Pada saat kita hampir meraikan kemenangan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan (kurang lebih lagi 4 hari..), warga Diploma Kewartawanan (DEL) IKIP dikejutkan dengan pemergian salah seorang bekas pelajar DEL, SUFFIAN HASHIM (2005-2007). Allahyarham Suffian telah kembali ke rahmatullah pada 26 Ramadhan 1432H bersamaan hari Jumaat.

Sekalung takziah dari kami warga DEL untuk isteri Allahyarham Suffian Hashim, Rohayu Sohor (yang juga bekas pelajar DEL) dan keluarga. Moga Rohayu dan ahli keluarga sabar dan redha dengan ketentuan Allah S.W.T. Kami mendoakan agar roh Allahyarham Suffian ditempatkan bersama golongan yang beriman. 

Berikut adalah sedikit petikan/pesanan dari Puan Norzimah Kasran (Pengarah Program, Sekolah Pengajian Diploma IKIP) melalui Facebooknya kepada warga DEL.


"Jenazah Allahyarham Suffian Hashim akan disemadikan di Kg Kuala Repas, Bentong, Pahang, InsyaAllah sebelum solat Jumaat. Alamat rumah isteri beliau, No. 32, Lrg Permai 31, Kg Kuala Repas, Bentong. Mohon sesiapa yang berdekatan untuk berziarah. Salam.."



Al-Fatihah buat Allahyarham Suffian Hashim... Moga Suffian tenang 'di sana'. Sesungguhnya kami amat merasai permergianmu...





Wednesday, August 17, 2011

Majlis Berbuka Puasa @ Taman Esplanade

Assalamualaikum & salam Ramadhan...
(Artikel ini versi tidak formal :p, harap maklum)

Wah, lama juga saya tidak menulis di dalam blog Kewartawanan ni! (memberi peluang kepada para pelajar untuk menunjukkan bakat dalam penulisan)... Tapi hari ini, saya rasa amat terpanggil untuk menulis tentang "Program DEL Raikan Ramadhan" yang diadakan malam semalam di Taman Esplanade, Tanjung Api.

Alhamdulillah, program pertama bagi sesi Julai-November 2011, atas pimpinan Amin Husaini Hafidzi (Presiden Kelab Kewartawanan IKIP) boleh saya kategorikan sebagai BERJAYA!. Dalam program ini, Ahli Jawatankuasa kelab telah berjaya mengumpulkan hampir kesemua pelajar Kewartawanan IKIP, semester ini. (Personally, tahniah saya ucapkan kepada AJK terlibat)

Friday, August 12, 2011

Majlis Berbuka Puasa @ Padang MPK

Artikel oleh: SUHANA MURAT (Semester 4)

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

Setiap kali tibanya Ramadhan pasti kita menginginkan suasana berbuka puasa beramai-ramai, kerana dapat bertukar juadah ketika berbuka. Begitulah yang dilakukan oleh para pelajar Kewartawanan, Kolej Antarabangsa IKIP. 

Semalam, warga Diploma Kewartawanan (DEL) yang terdiri daripada pelajar semester 3, 4 dan 5 telah berbuka puasa bersama-sama di padang MPK, Kuantan. Tujuan berbuka puasa ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim di kalangan junior dan senior.

Sebahagian pelajar Kewartawanan, berbuka di Padang MPK.
Presiden Kelab Kewartawanan, Amin Husaini Hafidzi merupakan tunjang utama di dalam menjayakan majlis tidak formal ini. Alhamdulillah, walaupun tidak ramai yang dapat hadir akan tetapi memberi seribu makna kepada yang hadir dan merupakan pengalaman yang indah pada Ramadhan kali ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang hadir, dengan sokongan yang tinggi, warga DEL dapat berkumpul dan meraikan kemeriahan berbuka puasa ini.

* Harap maaf, atas sebab-sebab teknikal, gambar akan dimasukkan kemudian.

p/s: Kami akan menganjurkan Majlis Rasmi Berbuka Puasa bersama para pensyarah DEL di Taman Esplanade, Tanjung Api pada 16 Ogos 2011 nanti. 

Tunggu ya!! :D 






Tuesday, August 9, 2011

Khasiat Buah Kurma

Artikel oleh: SUHANA MURAT (Semester 4)

Assalamualaikum, salam Ramadhan dan salam 1Malaysia..

Gambar dari Google
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, buat semua rakan blogger. Sedar tak sedar sudah seminggu lebih kita berpuasa. Harap di bulan mulia ini kita akan diberkati olehNya,InsyaAlah... mudah-mudahan.

Bercerita tentang bulan Ramadhan pasti semua akan teringat akan buah kurma. Tetapi mungkin ramai yang tidak mengetahui khasiat sebenar buah kurma ini.

Buah kurma adalah buah yang sungguh unik sehingga kita sendiri tidak mengambil tahu akan khasiat yang terkandung didalamnya. Ada yang menganggap buah kurma sama seperti buah biasa.

Tuesday, August 2, 2011

Poem: Dad

Poem by: RAJESWARY A/P SELVAKUMAR (Semester 4)

Dad,
You're the soul of my life,
Today, tomorrow and the days to come...
You will always be the one,
That I always respect,cherish and look up to,
I know that I have hurt you...
The words I used, the things I done,
But you were always there,
Comforting and protecting...
No matter what happen,
No matter what people say,
You were always by my side,
Watching me day and night,
Giving love and care.

Dad,
You're truly the king of my life,
Without you I will die,
Never knowing the real path,
My life be hunted of sorrow,
Dark and gloomy without lights.

Dad,
You're the candle that shines all day,
Brightening my life all day long,
You're truly the one,
Whom I will always remember,
As the soul of my life!






Knowing Us! :D

IKIP International College was established in 1992 and is fully owned by Yayasan Pahang. Our programs are accredited by Malaysian Qualifications Agency (MQA), and recognized by the Ministry of Higher Education for credit transfers at degree, masters and Ph.D level to our partner universities as well as other institutions of higher learning.

Besides running an internal programs, IKIP International College also running the franchise programs with internal and overseas universities to make sure the education opportunity in parallel with the Vision 2020.

Art, Design & Media

The field of Art, Design and Media is equally important as any engineering or business fields. Today's designers, artists and journalists are at the forefront of the development of Malaysian Art & Culture. Objectivity, creativity and attention to detail are the key components to a successful career in this field.

IKIP International College's Art, Design & Media programs have been closely developed together with our local partner universities to ensure all graduates are well versed in their chosen fields and able to communicate their ideas in the most creative way.

Faculty Strength

Learning technique focused on 60% of theory and 40% of practical.

Convocation ceremony and Diploma Awarded are fully handled by collaborated university.

Eligible to pursue Degree at collaborated university.

Qualify for credits exemptions from collaborated university.


CAREER OPPORTUNITIES IN JOURNALISM

JOURNALIST

EDITOR

RADIO & TV SCRIPT WRITER

COPYWRITER

NOVELIST

TRANSLATOR

PHOTOGRAPHER

LAYOUT DESIGNER

PUBLIC RELATION OFFICER


Interested to join JOURNALISM @ IKIP?

IKIP International College,
Kampus Taman Gelora,
25050 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Tel: 09-5678999
Fax: 09-5677999
Tol Free: 180088999