Nuffnang

Showing posts with label Info Ringkas. Show all posts
Showing posts with label Info Ringkas. Show all posts

Friday, September 28, 2012

Bajet 2013: Sebulan Bonus Untuk Penjawat Awam

Assalamualaikum dan salam Bajet 2013,

Lebih kurang 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji. Bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang sudah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lalu. Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember ini manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri. Pemberian bonus terbabit diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan. 

Bajet 2013: Diskaun Mudahkan Bayaran Balik PTPTN

Assalamualaikum dan salam Bajet 2013,

Dalam pembentangan Bajet 2013, beberapa insentif berupa pemberian diskaun akan diperkenalkan bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

1. Insentif pertama adalah diskaun 20% daripada jumlah pinjaman kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013. 

2. Bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mulai 1 Oktober 2012, diskaun 10% setahun diberikan.

Sehingga Februari lalu, PTPTN meluluskan pinjaman kepada 1.95 juta pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara, membabitkan peruntukan lebih RM44 bilion. Daripada jumlah itu, kira-kira 70% daripada peminjam tabung itu melunaskan pinjaman masing-masing. 


Info lain:
Kaedah Pembayaran Balik PTPTN 
 


Saturday, July 28, 2012

Lahir sebelum 1989 perlu saringan hepatitis

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,
 
Petaling Jaya: Kementerian Kesihatan menasihati rakyat Malaysia, khususnya yang lahir sebelum 1989, agar menjalani saringan penyakit hepatitis.

Ini berikutan, bilangan kes baru terutama Hepatitis B dan C meningkat sekali ganda tahun lalu berbanding 2010, iaitu daripada 640 kes kepada 1,250 kes bagi Hepatitis B dan 724 kepada 1,047 untuk Hepatitis C.

Saturday, July 21, 2012

Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Alhamdulillah hari ini bermulalah perjuangan kita dalam memperbanyakkan amal ibadah sempena meraikan bulan Ramadhan. Dalam apa jua keadaan, jangan dilupa kepada saudara-saudara Islam kita di seluruh pelosok dunia yang tidak semewah kita, yang tidak makan bertahun-tahun lamanya. Panjatkan doa untuk mereka agar kita sentiasa beringat.

Berikut adalah adab-adab berbuka puasa menurut sunnah Rasulullah:

1. Menyegerakan berbuka apabila telah masuk waktu berbuka. 

"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa." - Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim

2. Berbuka dengan kurma, tamar atau air.

"Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan memakan beberapa biji rutob sebelum menunaikan solat. Sekiranya tiada rutob, baginda berbuka dengan kurma. Jika tiada kurma, baginda meminum beberapa teguk air." - Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tirmizi

3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka, sekiranya makanan masih belum dihidangkan.

"Apabila makanan dihidangkan, mulakanlah dengan makanan sebelum kami menunaikan solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh-gapahketika menjamah makan malam kamu." - Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim


Monday, May 21, 2012

Dirogol Setelah Ponteng Sekolah

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Sesuatu kejadian buruk yang berlaku
akan menyebabkan trauma - Gambar Google
Berita di dada akhbar hari ini benar-benar mengejutkan! 

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang ponteng sekolah dirogol!! Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Kemaman menjadi mangsa rogol setelah dipukau seorang lelaki.

Menurut sumber, mangsa memasuki kawasan sekolah seperti biasa pada jam 7.45 pagi, sebelum seorang rakan sebaya mengajaknya ke sebuah kedai barangan runcit yang berdekatan kawasan sekolahnya itu. 

Mereka kemudian bertemu teman lelaki rakannya (beserta seorang lagi lelaki) dan menaiki kereta Perodua MyVi untuk bersiar-siar dan kemudiannya dibawa ke sebuah rumah sewa di kawasan Kijal kira-kira jam 10 pagi.


Suspek yang juga rakan kepada teman lelaki rakan mangsa kemudian menyuruh mangsa merenung matanya dan tidak lama kemudian mangsa mendakwa seperti dipukau dan mengikut arahan suspek.



Monday, May 14, 2012

Tips: Elak Pecah Rumah

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Gejala pecah rumah memang kerap berlaku. Jika dulu, rumah yang kosong atau yang ditinggalkan untuk satu jangka masa yang lama akan dimasuki penjenayah. Tetapi kini penjenayah juga agak berani memasuki rumah yang masih berpenghuni dan memeras ugut. 

Malah ada juga penjenayah yang berani membunuh asalkan apa yang mereka inginkan tercapai. Ayuh ikuti perkara-perkara yang menyebabkan gejala ini berlaku dan cara-cara untuk mengatasinya... 

Bagaimana boleh berlaku?
  • Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap.
  • Menggunakan jack untuk membuka jerjak besi tingkap.
  • Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
  • Memasuki melalui bumbung rumah atau siling yang terbuka.
  • Tingkap yang tidak berkunci atau terbuka. 
  • Menggunakan kunci pendua.
Sebab berlaku?
  • Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong. 
  • Tidak bermuafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing.
  • Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar.
  • Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar yang tidak dihentikan.
  • Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya. 


Saturday, May 5, 2012

Perihal Buli

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Gambar dari
http://komunitikini.com/
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan menunjukkan kekuatan masing-masing.

Pembuli
  • Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima dan enam.
  • Fizikal si pembuli, bertubuh besar, tegap dan tinggi.
  • Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
  • Membuli salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
  • Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.
Mangsa Buli
  • Pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
  • Biasanya fizikal mangsa yang bertubuh kecil. 
Punca buli berlaku?
  • Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
  • Individu yang membuli ini mungkin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
  • Pembuli pernah menjadi mangsa buli.
  • Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hiperaktif atau cergas yang melampau dan bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
  • Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal dan mempunyai masalah disiplin.
  • Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan/tertekan.
  • Iri hati pada mangsa atas sebab disayangi guru atau cemerlang dalam pelajaran.
  • Akibat masalah keluarga.
  • Sekadar mahu berseronok. 

Thursday, May 3, 2012

Nayati Moodliar ditemui Selamat

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Nayati selamat...
Nayati Shamelin Moodliar, 12, yang dipercayai hilang dan dilarikan dua lelaki tidak dikenali 27 April lalu, ditemui selamat di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh pada jam 7.55 pagi tadi.

Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak lelaki warga Belanda itu hilang dipercayai diculik ketika berjalan berseorangan ke Sekolah Antarabangsa Mont Kiara di sini, kira-kira jam 7 pagi, Jumaat lalu.

Ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berkaitan kes ini. 

Keluarga kanak-kanak ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak media dan orang ramai kerana membantu menyebarkan maklumat.


DEL: Ibu bapa sila ambil perhatian, pastikan keselamatan anak-anak anda, baik di dalam, mahupun di luar rumah...

Tuesday, May 1, 2012

Gaji Minimum Sektor Swasta RM900

 Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam), manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85 sejam), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata gaji minimum itu akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.

"Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan," katanya semasa berucap pada majlis Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta di sini Isnin.

Pengumuman itu juga sempena sambutan Hari Pekerja yang akan disambut Selasa dan sebagai hadiah istimewa daripada kerajaan persekutuan kepada seluruh warga pekerja.

Najib berkata kerajaan turut menyediakan mekanisme pelaksanaan supaya penetapan gaji minimum itu tidak membebankan majikan dan tidak merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.

Bagaimanapun, katanya untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil membuat persediaan, tempoh kuat kuasa bagi kategori itu ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.

Perdana Menteri berkata pengecualian 12 bulan itu tidak meliputi kepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan; firma guaman; firma arkitek; firma juru perunding dan sebagainya; walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja lima atau kurang; mereka perlu mematuhi gaji minimum ini dalam masa enam bulan.

"Pemberian tempoh masa yang mencukupi ini adalah supaya majikan dapat membuat persediaan secukupnya bagi menstrukturkan semula gaji pekerja dan operasi perniagaan masing-masing.

"Kerajaan juga menyediakan mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan," katanya.

Jelas Najib lagi kerajaan menyedari dan amat prihatin terhadap tuntutan para pekerja supaya gaji minimum ditetapkan pada RM1,200 hingga RM1,500.

Namun untuk permulaan, katanya sebagaimana syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi.

"Sekiranya gaji minimum ditetapkan melebihi tahap RM900 (yakni gaji pokok) kesannya dijangka menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pelaburan asing," katanya.

"Jika perkara itu berlaku, industri tidak boleh beroperasi sewajarnya dan dikhuatiri ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan. Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku, kerana ini akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kepentingan nasional," katanya.

Najib berkata kerajaan juga sedar, bahawa menetapkan kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan mendedahkan kepada tohmahan bahawa Kerajaan Persekutuan menganaktirikan pekerja di negeri dan wilayah tersebut.

"Perbezaan gaji antara dua wilayah ini terpaksa dilakukan kerana perbezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara," katanya.

Namun begitu, beliau berkata untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang, kerajaan berharap kadar gaji minimum bagi negeri-negeri tersebut dapat diselaraskan dengan kadar gaji minimum di Semenanjung Malaysia.

Kadar gaji minimum yang ditetapkan tersebut tidak akan kekal statik, ia akan dikaji semula dari semasa ke semasa sejajar dengan kemampuan, produktiviti dan daya saing negara, jelas beliau.

Pada pembentangan Bajet 2011, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan MPGN sebagai platform utama dalam penetapan upah, termasuk menentukan kadar dan mekanisme pelaksanaan gaji minimum di negara ini.

Susulan itu, Kementerian Sumber Manusia bersama rakan tripartite telah merangka dan menggubal perundangan yang berkaitan.

Hasilnya, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 telah digubal dan diluluskan oleh Parlimen pada sesi Jun/Julai 2011, kemudian akta diwartakan pada 15 Sept dan seterusnya, MPGN telah ditubuhkan pada 28 Sept.

-- BERNAMA

Tuesday, April 24, 2012

Tips Elak Kenderaan Daripada Dicuri

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Tahukah anda, daripada 100 kereta dan motorsikal yang dicuri, cuma 12% sahaja yang ditemui semula.

Di mana kecurian kerap berlaku?
  • Tempat letak kereta awam
  • Di hadapan rumah
  • Kompleks membeli belah
  • Tepi jalan raya
  • Tempat letak kereta di hotel-hotel
Faktor berlaku kecurian
  • Kenderaan tidak dikunci
  • Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap 
  • Meninggalkan barang berharga di dalam kenderaan

Sunday, April 22, 2012

Jangan Jadikan Kanak-kanak Untuk Lepas Kemarahan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun koma dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas dipercayai dipukul teman lelaki ibunya dalam kejadian di Manir, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa dipercayai dipukul suspek berusia 26 tahun ketika bersama ibunya berusia 22 tahun di kediaman lelaki terbabit. 

“Suspek dipercayai memukul mangsa selepas berang dengan kanak-kanak terbabit yang dikatakan aktif dan membuat bising. 

“Mangsa yang cedera di kepala kemudian dikejarkan ke hospital dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak hospital berkenaan,” kata sumber.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Negeri, K Manoharan yang dihubungi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.

Katanya, identiti suspek sudah dikenal pasti dan usaha memburunya sedang dijalankan. 


DEL: Alahai... apa la dah jadi dengan manusia sekarang ni... Makin pelik dan kejam! Moga kanak-kanak ini segera sembuh... Amin...

Saturday, April 21, 2012

Doktor Tidak Beretika!

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Doktor yang mengaut keuntungan dengan menjual sijil cuti sakit (MC) kepada pelanggan mereka adalah golongan doktor yang tidak beretika! Benar, perkara ini banyak terjadi namun tiada aduan rasmi yang diterima oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

MMA tidak pernah menyokong sebarang aktiviti membabitkan salah laku di kalangan doktor mahupun pengamal perubatan.Orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat jika tahu akan kegiatan tidak beretika ini.

MMA menegaskan bahawa seorang doktor itu berhak mengeluarkan MC kepada pesakit jika telah menjalankan penilaian terhadap pesakit tersebut.

Tuesday, March 27, 2012

Tempoh Sah Laku Baucar 1Malaysia Dilanjutkan

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Gambar dari laman KPT
Tempoh sah laku Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dilanjutkan sehingga 30 April ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Hal ini adalah bagi memberi peluang kepada pelajar yang belum berkesempatan menggunakan baucar itu, termasuklah pelajar-pelajar yang diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi pengambilan kedua.

Baucar buku bernilai RM200 itu diberikan kepada semua penuntut warganegara Malaysia di  IPT, Matrikulasi dan pelajar Tingkatan 6 sejak awal tahun ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2012.

Sehubungan itu, para pelajar perlu segera menunaikan baucar masing-masing kerana penggunaan BB1M selepas 30 April adalah tidak sah. Berdasarkan rekod, sebanyak 1.2 juta pelajar telah menerima BB1M yang dianggarkan bernilai RM255 juta.

Nota: Gunakan baucar dengan berhemah ya!




Keadilan Buat Dirang

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Dirang
Kes pembunuhan kanak-kanak berusia 5 tahun, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang pada 1 Mac lalu boleh dikatakan sebagai selesai apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor berjaya menahan dua suspek utama kes tersebut. 

Kedua-dua suspek itu didakwa di mahkamah hari ini dan sekali gus diharap mampu memberi keadilan kepada ahli keluarga Dirang. Hukuman yang menanti suspek adalah mati mandatori jika sabit kesalahan. 

Dirang disahkan mati dibunuh sebelum dibakar dan mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai pada 8 Mac lalu. Ujian deoxyribonucleic asid (DNA) dijalankan dan mendapati ia sepadan dengan DNA ibu mangsa, Roselyn Alan, 25.

Sebutan semula kes adalah pada 4 Mei depan.

Nota: Al-Fatihah buat adik Nurul Nadirah Abdullah. Moga Allah menempatkannya bersama orang-orang yang beriman... Amin

Friday, March 16, 2012

Satu Tugas = RM700

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu berita yang mana gaji minimum bagi seorang pembantu rumah Indonesia adalah RM700 untuk satu tugas khusus, seperti memasak, mengemas rumah dan menjaga anak atau orang tua.

Orang ramai beranggapan bahawa permintaan Kerajaan Indonesia ini adalah tidak munasabah dan membebankan majikan! Mana mungkin seorang pembantu rumah memasak sepanjang hari (24 jam)! Dan adalah juga tidak logik bagi majikan untuk menggajikan tiga orang pembantu rumah sekaligus!

Jika benar keputusan ini akan dilaksanakan, pilihan pertama majikan adalah menggajikan pembantu rumah dari negara lain yang bersedia melakukan semua tugasan (multitasking) dengan gaji yang tidak membebankan seperti pembantu rumah dari Filipina, Kemboja, Myanmar, India dan Sri Lanka.

Atau majikan boleh membuat pilihan kedua iaitu menggajikan pembantu rumah yang benar-benar bermutu dari Indonesia, tetapi tidak menanggung tempat tinggal, pakaian, makan minum dan perubatan mereka. 


Nota: Jika begitu baru adil, ya ngak?!



Sunday, February 19, 2012

Hulurkan Bantuan...

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin dan penyayang, mohon sama-sama menghulurkan bantuan agar dapat meringankan penderitaan anak Shamrulismawi Abah BlackPearl, Faris Nur Daniel (6 thn). Khabarnya anak kecil ini sedang dalam keadaan kritikal di Subang Jaya Medical Center (SJMC). Disahkan mengidap "Hemophagocytic lymphohistiocytosis" (HLH).
 
Adik Faris Nur Daniel kini dalam keadaan kritikal dengan menggunakan 100% bantuan oksigen. Mengikut kata doktor, hatinya membengkak dan paru-parunya kurang memberikan tindakbalas. Kaki dan mukanya agak kembang dan rambutnya mulai gugur. (dipetik dari status FB Shamrulismawi Abah BlackPearl, yang ditulis 7 jam yang lalu)

Bil hospital telah menjangkau RM75,000 yang melebihi jumlah perlindungan insurannya. Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kewangan, salurkan sumbangan anda ke Akaun Maybank Shamrulismawi Ismail: 1140-1115-2218. Atau jika anda tidak mampu membantu dari segi kewangan, doakanlah Adik Faris agar cepat sembuh... Moga dengan bantuan kita yang kecil itu dapat membantu untuk meringankan beban adik Faris dan keluarga... Moga Allah permudahkan segalanya... Amin... 

TERKINI (24 Februari 2012):
Untuk pengetahuan para pembaca, Adik Faris Nur Daniel telah kembali ke rahmatullah pada 23 Februari 2012... Bagi menghormati permintaan ahli keluarga Allahyarham adik Faris, gambar-gambar Allahyarham Faris Nur Daniel telah dikeluarkan dari blog ini... Harap maklum * 


Al-Fatihah buat Allahyarham Faris Nur Daniel.

Saturday, January 21, 2012

Izwan Pilus Meninggal Dunia

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia, 

Sumber Google
Dunia hiburan tanah air sekali lagi dikejutkan dengan pemergian Khairil Izwan Pilus,33. Khairil izwan (atau lebih popular dengan nama Izwan Pilus) disahkan meninggal dunia jam 6.15 petang semalam di Hospital Ampang, Pandan Mewah. Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan jam 12.30 tengah malam kelmarin akibat demam kuning.

Pihak hospital mengesahkan Izwan meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus dan kuman dalam darah yang serius. 

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hadapan ahli keluarga, saudara-mara dan beberapa rakan baik. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang, Jasin, Melaka pada jam 11 pagi ini. 

Warga DEL mengucapkan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Khairil Izwan, semoga tabah menghadapinya. Dengan iringan doa agar roh Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin... 

-Al-Fatihah- 


Friday, November 4, 2011

Good things about YouTube

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,
By: MOHD KHAIRUL ZAKWAN MUKHTAR

YouTube is the most popular video sharing site nowadays. It is quick streaming, easy and in nice and simple interface. YouTube is a collection of videos uploaded by members for sharing and watching by others all over the world. Over the years YouTube has gathered desirable videos via members and almost all the members are active.

Many enthusiastic members of YouTube, post their personal or professional videos to be watched and shared by others. What is the most important is that most of these videos are educative and help the viewers to upgrade their knowledge base and personal skills. If one has never been on YouTube before, it is time to begin and make the most of it. 

The uploaded videos in YouTube can be viewed by millions of its members and they can rate the videos that they watch. Using the ratings and the feedback you can make even better videos with time and sharpen your skills at video-editing and also learn what the world wants to see most.

Saturday, September 3, 2011

Perginya WIRA Negara...

Artikel oleh: MUIZZUDDIN MAKSAH
Assalamualaikum & salam sejahtera, 

Allahyarham Noramfaizul
Saat rakyat Malaysia sedang bergembira meraikan Syawal, kita telah dikejutkan dengan berita pemergian seorang jurugambar BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban akibat tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia, semalam. 

Allahyarham Noramfaizul merupakan Ketua Media bagi "Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia" dan BAKTI. Disahkan meninggal jam 6.07 petang ketika membuat liputan di Mogadishu. (Selain Allahyarham terdapat 55 lagi anggota sukarelawan dalam misi tersebut.)

Sekalung takziah dari kami rakyat Malaysia buat isteri Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, Norazrina Jaafar dan keluarga. Allahyarham Noramfaizul juga meninggalkan dua orang cahaya mata lelaki, Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3. Pemergian Allahyarham sangat dirasai oleh semua pihak.  

Tuesday, August 9, 2011

Khasiat Buah Kurma

Artikel oleh: SUHANA MURAT (Semester 4)

Assalamualaikum, salam Ramadhan dan salam 1Malaysia..

Gambar dari Google
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, buat semua rakan blogger. Sedar tak sedar sudah seminggu lebih kita berpuasa. Harap di bulan mulia ini kita akan diberkati olehNya,InsyaAlah... mudah-mudahan.

Bercerita tentang bulan Ramadhan pasti semua akan teringat akan buah kurma. Tetapi mungkin ramai yang tidak mengetahui khasiat sebenar buah kurma ini.

Buah kurma adalah buah yang sungguh unik sehingga kita sendiri tidak mengambil tahu akan khasiat yang terkandung didalamnya. Ada yang menganggap buah kurma sama seperti buah biasa.

Knowing Us! :D

IKIP International College was established in 1992 and is fully owned by Yayasan Pahang. Our programs are accredited by Malaysian Qualifications Agency (MQA), and recognized by the Ministry of Higher Education for credit transfers at degree, masters and Ph.D level to our partner universities as well as other institutions of higher learning.

Besides running an internal programs, IKIP International College also running the franchise programs with internal and overseas universities to make sure the education opportunity in parallel with the Vision 2020.

Art, Design & Media

The field of Art, Design and Media is equally important as any engineering or business fields. Today's designers, artists and journalists are at the forefront of the development of Malaysian Art & Culture. Objectivity, creativity and attention to detail are the key components to a successful career in this field.

IKIP International College's Art, Design & Media programs have been closely developed together with our local partner universities to ensure all graduates are well versed in their chosen fields and able to communicate their ideas in the most creative way.

Faculty Strength

Learning technique focused on 60% of theory and 40% of practical.

Convocation ceremony and Diploma Awarded are fully handled by collaborated university.

Eligible to pursue Degree at collaborated university.

Qualify for credits exemptions from collaborated university.


CAREER OPPORTUNITIES IN JOURNALISM

JOURNALIST

EDITOR

RADIO & TV SCRIPT WRITER

COPYWRITER

NOVELIST

TRANSLATOR

PHOTOGRAPHER

LAYOUT DESIGNER

PUBLIC RELATION OFFICER


Interested to join JOURNALISM @ IKIP?

IKIP International College,
Kampus Taman Gelora,
25050 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Tel: 09-5678999
Fax: 09-5677999
Tol Free: 180088999