Nuffnang

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Friday, September 28, 2012

Bajet 2013: Sebulan Bonus Untuk Penjawat Awam

Assalamualaikum dan salam Bajet 2013,

Lebih kurang 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji. Bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang sudah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lalu. Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember ini manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri. Pemberian bonus terbabit diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan. 

Bajet 2013: Diskaun Mudahkan Bayaran Balik PTPTN

Assalamualaikum dan salam Bajet 2013,

Dalam pembentangan Bajet 2013, beberapa insentif berupa pemberian diskaun akan diperkenalkan bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

1. Insentif pertama adalah diskaun 20% daripada jumlah pinjaman kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013. 

2. Bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mulai 1 Oktober 2012, diskaun 10% setahun diberikan.

Sehingga Februari lalu, PTPTN meluluskan pinjaman kepada 1.95 juta pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara, membabitkan peruntukan lebih RM44 bilion. Daripada jumlah itu, kira-kira 70% daripada peminjam tabung itu melunaskan pinjaman masing-masing. 


Info lain:
Kaedah Pembayaran Balik PTPTN 
 


Saturday, July 28, 2012

Lahir sebelum 1989 perlu saringan hepatitis

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,
 
Petaling Jaya: Kementerian Kesihatan menasihati rakyat Malaysia, khususnya yang lahir sebelum 1989, agar menjalani saringan penyakit hepatitis.

Ini berikutan, bilangan kes baru terutama Hepatitis B dan C meningkat sekali ganda tahun lalu berbanding 2010, iaitu daripada 640 kes kepada 1,250 kes bagi Hepatitis B dan 724 kepada 1,047 untuk Hepatitis C.

Monday, May 21, 2012

Dirogol Setelah Ponteng Sekolah

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Sesuatu kejadian buruk yang berlaku
akan menyebabkan trauma - Gambar Google
Berita di dada akhbar hari ini benar-benar mengejutkan! 

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang ponteng sekolah dirogol!! Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Kemaman menjadi mangsa rogol setelah dipukau seorang lelaki.

Menurut sumber, mangsa memasuki kawasan sekolah seperti biasa pada jam 7.45 pagi, sebelum seorang rakan sebaya mengajaknya ke sebuah kedai barangan runcit yang berdekatan kawasan sekolahnya itu. 

Mereka kemudian bertemu teman lelaki rakannya (beserta seorang lagi lelaki) dan menaiki kereta Perodua MyVi untuk bersiar-siar dan kemudiannya dibawa ke sebuah rumah sewa di kawasan Kijal kira-kira jam 10 pagi.


Suspek yang juga rakan kepada teman lelaki rakan mangsa kemudian menyuruh mangsa merenung matanya dan tidak lama kemudian mangsa mendakwa seperti dipukau dan mengikut arahan suspek.



Thursday, May 3, 2012

Nayati Moodliar ditemui Selamat

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Nayati selamat...
Nayati Shamelin Moodliar, 12, yang dipercayai hilang dan dilarikan dua lelaki tidak dikenali 27 April lalu, ditemui selamat di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh pada jam 7.55 pagi tadi.

Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak lelaki warga Belanda itu hilang dipercayai diculik ketika berjalan berseorangan ke Sekolah Antarabangsa Mont Kiara di sini, kira-kira jam 7 pagi, Jumaat lalu.

Ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berkaitan kes ini. 

Keluarga kanak-kanak ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak media dan orang ramai kerana membantu menyebarkan maklumat.


DEL: Ibu bapa sila ambil perhatian, pastikan keselamatan anak-anak anda, baik di dalam, mahupun di luar rumah...

Tuesday, May 1, 2012

Gaji Minimum Sektor Swasta RM900

 Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam), manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85 sejam), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata gaji minimum itu akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.

"Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan," katanya semasa berucap pada majlis Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta di sini Isnin.

Pengumuman itu juga sempena sambutan Hari Pekerja yang akan disambut Selasa dan sebagai hadiah istimewa daripada kerajaan persekutuan kepada seluruh warga pekerja.

Najib berkata kerajaan turut menyediakan mekanisme pelaksanaan supaya penetapan gaji minimum itu tidak membebankan majikan dan tidak merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.

Bagaimanapun, katanya untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil membuat persediaan, tempoh kuat kuasa bagi kategori itu ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.

Perdana Menteri berkata pengecualian 12 bulan itu tidak meliputi kepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan; firma guaman; firma arkitek; firma juru perunding dan sebagainya; walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja lima atau kurang; mereka perlu mematuhi gaji minimum ini dalam masa enam bulan.

"Pemberian tempoh masa yang mencukupi ini adalah supaya majikan dapat membuat persediaan secukupnya bagi menstrukturkan semula gaji pekerja dan operasi perniagaan masing-masing.

"Kerajaan juga menyediakan mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan," katanya.

Jelas Najib lagi kerajaan menyedari dan amat prihatin terhadap tuntutan para pekerja supaya gaji minimum ditetapkan pada RM1,200 hingga RM1,500.

Namun untuk permulaan, katanya sebagaimana syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi.

"Sekiranya gaji minimum ditetapkan melebihi tahap RM900 (yakni gaji pokok) kesannya dijangka menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pelaburan asing," katanya.

"Jika perkara itu berlaku, industri tidak boleh beroperasi sewajarnya dan dikhuatiri ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan. Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku, kerana ini akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kepentingan nasional," katanya.

Najib berkata kerajaan juga sedar, bahawa menetapkan kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan mendedahkan kepada tohmahan bahawa Kerajaan Persekutuan menganaktirikan pekerja di negeri dan wilayah tersebut.

"Perbezaan gaji antara dua wilayah ini terpaksa dilakukan kerana perbezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara," katanya.

Namun begitu, beliau berkata untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang, kerajaan berharap kadar gaji minimum bagi negeri-negeri tersebut dapat diselaraskan dengan kadar gaji minimum di Semenanjung Malaysia.

Kadar gaji minimum yang ditetapkan tersebut tidak akan kekal statik, ia akan dikaji semula dari semasa ke semasa sejajar dengan kemampuan, produktiviti dan daya saing negara, jelas beliau.

Pada pembentangan Bajet 2011, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan MPGN sebagai platform utama dalam penetapan upah, termasuk menentukan kadar dan mekanisme pelaksanaan gaji minimum di negara ini.

Susulan itu, Kementerian Sumber Manusia bersama rakan tripartite telah merangka dan menggubal perundangan yang berkaitan.

Hasilnya, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 telah digubal dan diluluskan oleh Parlimen pada sesi Jun/Julai 2011, kemudian akta diwartakan pada 15 Sept dan seterusnya, MPGN telah ditubuhkan pada 28 Sept.

-- BERNAMA

Sunday, April 22, 2012

Jangan Jadikan Kanak-kanak Untuk Lepas Kemarahan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun koma dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas dipercayai dipukul teman lelaki ibunya dalam kejadian di Manir, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa dipercayai dipukul suspek berusia 26 tahun ketika bersama ibunya berusia 22 tahun di kediaman lelaki terbabit. 

“Suspek dipercayai memukul mangsa selepas berang dengan kanak-kanak terbabit yang dikatakan aktif dan membuat bising. 

“Mangsa yang cedera di kepala kemudian dikejarkan ke hospital dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak hospital berkenaan,” kata sumber.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Negeri, K Manoharan yang dihubungi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.

Katanya, identiti suspek sudah dikenal pasti dan usaha memburunya sedang dijalankan. 


DEL: Alahai... apa la dah jadi dengan manusia sekarang ni... Makin pelik dan kejam! Moga kanak-kanak ini segera sembuh... Amin...

Tuesday, March 27, 2012

Tempoh Sah Laku Baucar 1Malaysia Dilanjutkan

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Gambar dari laman KPT
Tempoh sah laku Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dilanjutkan sehingga 30 April ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Hal ini adalah bagi memberi peluang kepada pelajar yang belum berkesempatan menggunakan baucar itu, termasuklah pelajar-pelajar yang diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi pengambilan kedua.

Baucar buku bernilai RM200 itu diberikan kepada semua penuntut warganegara Malaysia di  IPT, Matrikulasi dan pelajar Tingkatan 6 sejak awal tahun ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2012.

Sehubungan itu, para pelajar perlu segera menunaikan baucar masing-masing kerana penggunaan BB1M selepas 30 April adalah tidak sah. Berdasarkan rekod, sebanyak 1.2 juta pelajar telah menerima BB1M yang dianggarkan bernilai RM255 juta.

Nota: Gunakan baucar dengan berhemah ya!




Keadilan Buat Dirang

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Dirang
Kes pembunuhan kanak-kanak berusia 5 tahun, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang pada 1 Mac lalu boleh dikatakan sebagai selesai apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor berjaya menahan dua suspek utama kes tersebut. 

Kedua-dua suspek itu didakwa di mahkamah hari ini dan sekali gus diharap mampu memberi keadilan kepada ahli keluarga Dirang. Hukuman yang menanti suspek adalah mati mandatori jika sabit kesalahan. 

Dirang disahkan mati dibunuh sebelum dibakar dan mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai pada 8 Mac lalu. Ujian deoxyribonucleic asid (DNA) dijalankan dan mendapati ia sepadan dengan DNA ibu mangsa, Roselyn Alan, 25.

Sebutan semula kes adalah pada 4 Mei depan.

Nota: Al-Fatihah buat adik Nurul Nadirah Abdullah. Moga Allah menempatkannya bersama orang-orang yang beriman... Amin

Friday, March 16, 2012

Satu Tugas = RM700

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu berita yang mana gaji minimum bagi seorang pembantu rumah Indonesia adalah RM700 untuk satu tugas khusus, seperti memasak, mengemas rumah dan menjaga anak atau orang tua.

Orang ramai beranggapan bahawa permintaan Kerajaan Indonesia ini adalah tidak munasabah dan membebankan majikan! Mana mungkin seorang pembantu rumah memasak sepanjang hari (24 jam)! Dan adalah juga tidak logik bagi majikan untuk menggajikan tiga orang pembantu rumah sekaligus!

Jika benar keputusan ini akan dilaksanakan, pilihan pertama majikan adalah menggajikan pembantu rumah dari negara lain yang bersedia melakukan semua tugasan (multitasking) dengan gaji yang tidak membebankan seperti pembantu rumah dari Filipina, Kemboja, Myanmar, India dan Sri Lanka.

Atau majikan boleh membuat pilihan kedua iaitu menggajikan pembantu rumah yang benar-benar bermutu dari Indonesia, tetapi tidak menanggung tempat tinggal, pakaian, makan minum dan perubatan mereka. 


Nota: Jika begitu baru adil, ya ngak?!



Saturday, September 3, 2011

Perginya WIRA Negara...

Artikel oleh: MUIZZUDDIN MAKSAH
Assalamualaikum & salam sejahtera, 

Allahyarham Noramfaizul
Saat rakyat Malaysia sedang bergembira meraikan Syawal, kita telah dikejutkan dengan berita pemergian seorang jurugambar BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban akibat tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia, semalam. 

Allahyarham Noramfaizul merupakan Ketua Media bagi "Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia" dan BAKTI. Disahkan meninggal jam 6.07 petang ketika membuat liputan di Mogadishu. (Selain Allahyarham terdapat 55 lagi anggota sukarelawan dalam misi tersebut.)

Sekalung takziah dari kami rakyat Malaysia buat isteri Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, Norazrina Jaafar dan keluarga. Allahyarham Noramfaizul juga meninggalkan dua orang cahaya mata lelaki, Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3. Pemergian Allahyarham sangat dirasai oleh semua pihak.  

Sunday, July 31, 2011

Hari Kemerdekaan Ditunda?

Artikel oleh: MOHD SHAFIQ ZULKIFLE (Semester 4)
Assalamualaikum, Salam 1Malaysia & Salam Kemerdekaan.

Gambar dari Google
Adakah benar Hari Kemerdekaan ke-54 negara tahun ini ditunda? Tapi mengapa pula hari tersebut ditunda? Adakah ia tidak disambut langsung pada tahun ini? Kita sebagai anak Malaysia perlu menunjukkan rasa cintakan negara dengan meraikan hari kemerdekaan. Paling tidak dengan mengibarkan Jalur Gemilang…

Jangan khuatir… Hari Kemerdekaan tahun 2011 ini bukan tidak disambut, cuma ada sebab-sebab tertentu iaitu pada 31 ogos 2011 adalah hari terakhir umat islam berpuasa, risau pula jika Dataran Merdeka nanti tidak meriah seperti yang diinginkan!

Sunday, April 17, 2011

Keputusan Penuh Pilihan Raya Sarawak 2011

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Pada tarikh 16hb April 2011, telah berlangsung pilihanraya ke-10 negeri Sarawak. Sebanyak 71 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dipertandingkan. Ini merupakan pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah politik negeri ini apabila buat pertama kali kesemua 71 kerusi DUN ditandingi.

Berikut adalah calon yang berjaya mendapatkan kerusi bagi DUN masing-masing:

N1 OPAR dimenangi oleh RANUM AK MINA (BN-SUPP) dengan jumlah undian 3,360 undi, majoriti undi 2,006.

N2 TASIK BIRU dimenangi oleh DATUK PETER NANSIAN AK NGUSEI (BN-SPDP) dengan jumlah undian 5,829 undi, majoriti undi 2,072

N3 TANJONG DATU dimenangi oleh TAN SRI ADENAN SATEM (BN-PBB) dengan jumlah undian 4,218 undi, majoriti undi 4,136.

N4 PANTAI DAMAI dimenangi oleh DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI (BN-PBB) dengan jumlah undian 7,425 undi, majoriti undi 5,071.

N5 DEMAK LAUT dimenangi oleh DR MOHD HADZLAND ABANG HIPNI (BN-PBB) dengan jumlah undian 5,522 undi, majoriti 3,752.

N6 TUPONG dimenangi oleh DATUK DAUD ABDUL RAHMAN (BN-PBB) dengan jumlah undian 8,304: majoriti 4,572.

N7 SAMARIANG dimenangi oleh SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI (BN-PBB) dengan jumlah undian 8.008: majoriti 5,431.

N8 SATOK dimenangi oleh DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG (BN-PB) dengan jumlah undian 4,691; majoriti 2,798.

N9 PADUNGAN dimenangi oleh WONG KING WEI (DAP) dengan jumlah undian 11,957 undi; majoriti 7,884.

N10 PENDING dimenangi oleh VIOLET YONG WUI WUI (DAP) dengan jumlah undian 14,375 undi; majoriti 7,595.

Knowing Us! :D

IKIP International College was established in 1992 and is fully owned by Yayasan Pahang. Our programs are accredited by Malaysian Qualifications Agency (MQA), and recognized by the Ministry of Higher Education for credit transfers at degree, masters and Ph.D level to our partner universities as well as other institutions of higher learning.

Besides running an internal programs, IKIP International College also running the franchise programs with internal and overseas universities to make sure the education opportunity in parallel with the Vision 2020.

Art, Design & Media

The field of Art, Design and Media is equally important as any engineering or business fields. Today's designers, artists and journalists are at the forefront of the development of Malaysian Art & Culture. Objectivity, creativity and attention to detail are the key components to a successful career in this field.

IKIP International College's Art, Design & Media programs have been closely developed together with our local partner universities to ensure all graduates are well versed in their chosen fields and able to communicate their ideas in the most creative way.

Faculty Strength

Learning technique focused on 60% of theory and 40% of practical.

Convocation ceremony and Diploma Awarded are fully handled by collaborated university.

Eligible to pursue Degree at collaborated university.

Qualify for credits exemptions from collaborated university.


CAREER OPPORTUNITIES IN JOURNALISM

JOURNALIST

EDITOR

RADIO & TV SCRIPT WRITER

COPYWRITER

NOVELIST

TRANSLATOR

PHOTOGRAPHER

LAYOUT DESIGNER

PUBLIC RELATION OFFICER


Interested to join JOURNALISM @ IKIP?

IKIP International College,
Kampus Taman Gelora,
25050 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Tel: 09-5678999
Fax: 09-5677999
Tol Free: 180088999