Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,
Gambar dari laman KPT |
Tempoh sah laku Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dilanjutkan sehingga 30 April ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Hal ini adalah bagi memberi peluang kepada pelajar yang belum berkesempatan menggunakan baucar itu, termasuklah pelajar-pelajar yang diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi pengambilan kedua.
Baucar buku bernilai RM200 itu diberikan kepada semua penuntut warganegara Malaysia di IPT, Matrikulasi dan pelajar Tingkatan 6 sejak awal tahun ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2012.
Sehubungan itu, para pelajar perlu segera menunaikan baucar masing-masing kerana penggunaan BB1M selepas 30 April adalah tidak sah. Berdasarkan rekod, sebanyak 1.2 juta pelajar telah menerima BB1M yang dianggarkan bernilai RM255 juta.
Nota: Gunakan baucar dengan berhemah ya!
Tak sabar nak sambung belajar. Hehe
ReplyDelete