Nuffnang

Monday, September 5, 2011

Waad Sarman Dalam Kenangan...

Assalamualaikum & salam Lebaran,

Allahyarham Mohd Waad Sarman
 Dimaklumkan bahawa seorang lagi ahli keluarga Diploma Kewartawanan (DEL) telah meninggalkan kita... Mohd Waad Sarman, bekas pelajar DEL (sesi 2002-2005), telah kembali ke rahmatullah pada 4 September 2011, Ahad; bersamaan 6 Syawal 1432H.

Semoga roh Allahyarham Mohd Waad dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Buat ahli keluarga Allahyarham Mohd Waad, semoga tabah menghadapi ujian ini. Kami warga DEL dengan rendah diri mengucapkan sekalung takziah...

Petikan dari FB post Puan Norzimah Kasran, sebaik sahaja mendapat info tentang pemergian Allahyarham Mohd Waad Sarman,

"Salam. Kpd semua yg mengenali Waad Sarman, DEL 02-05, Waad telah kembali ke rahmatullah, semalam, atas kesihatan yg tidak mengizinkan. Waad pel yg pintar, sabar dan sangat menghormati... Semoga arwah berada dlm kalangan solihin. Alfatihah. Atas pemergiannya, seorang lg keluarga DEL meninggalkan kita. Tinggallah kita utk terus berjuang..."

MOHD WAAD SARMAN
Al-fatihah



Saturday, September 3, 2011

Perginya WIRA Negara...

Artikel oleh: MUIZZUDDIN MAKSAH
Assalamualaikum & salam sejahtera, 

Allahyarham Noramfaizul
Saat rakyat Malaysia sedang bergembira meraikan Syawal, kita telah dikejutkan dengan berita pemergian seorang jurugambar BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban akibat tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia, semalam. 

Allahyarham Noramfaizul merupakan Ketua Media bagi "Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia" dan BAKTI. Disahkan meninggal jam 6.07 petang ketika membuat liputan di Mogadishu. (Selain Allahyarham terdapat 55 lagi anggota sukarelawan dalam misi tersebut.)

Sekalung takziah dari kami rakyat Malaysia buat isteri Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, Norazrina Jaafar dan keluarga. Allahyarham Noramfaizul juga meninggalkan dua orang cahaya mata lelaki, Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3. Pemergian Allahyarham sangat dirasai oleh semua pihak.  

Friday, September 2, 2011

Sekeping Rindu Semadah Ungkap buat Suffian Hashim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
(Nukilan Puan Norzimah Kasran, Pengarah Program, Sekolah Pengajian Diploma IKIP)

Allahyarham Suffian ketika hayatnya di hospital
Rasanya baru semalam aku mendengar suara mersik berbisik “Puan, saya dapat panggilan interview, government”, riangnya suara itu dapat ku gambarkan keseronokkan dan kepuasan Pyan…

Berkulit sawo matang, kacak dan semua orang bersetuju denganku. Rupanya ada yang lebih ku kenangi, Pyan tidak pernah menyentuh hatiku. Pyan tidak pernah membuat aku meninggikan suara. Pyan tidak pernah mengecewakan aku. Pyan tidak pernah berpaling wajah ketika aku melontar bait-bait ucap melahir marah dan ekspresi tersinggung dek ahli kumpulan yang lain.

Itulah Pyan, atau belum cukup untuk aku medeskripsi tentangnya? Oh… aku masih teringat ketika Ayu… atau Rohayu, pacarnya ketika itu, mahu mencuri hati Pyan, mencari peluang bertentang mata, mencari can berkumpulan bersama, mencari jalan diberi waktu berdua.

Memang cocok pacaran pasangan ini sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin. Ahh… biarkan perkara itu, aku ingin berbicara tentang Pyan.

Knowing Us! :D

IKIP International College was established in 1992 and is fully owned by Yayasan Pahang. Our programs are accredited by Malaysian Qualifications Agency (MQA), and recognized by the Ministry of Higher Education for credit transfers at degree, masters and Ph.D level to our partner universities as well as other institutions of higher learning.

Besides running an internal programs, IKIP International College also running the franchise programs with internal and overseas universities to make sure the education opportunity in parallel with the Vision 2020.

Art, Design & Media

The field of Art, Design and Media is equally important as any engineering or business fields. Today's designers, artists and journalists are at the forefront of the development of Malaysian Art & Culture. Objectivity, creativity and attention to detail are the key components to a successful career in this field.

IKIP International College's Art, Design & Media programs have been closely developed together with our local partner universities to ensure all graduates are well versed in their chosen fields and able to communicate their ideas in the most creative way.

Faculty Strength

Learning technique focused on 60% of theory and 40% of practical.

Convocation ceremony and Diploma Awarded are fully handled by collaborated university.

Eligible to pursue Degree at collaborated university.

Qualify for credits exemptions from collaborated university.


CAREER OPPORTUNITIES IN JOURNALISM

JOURNALIST

EDITOR

RADIO & TV SCRIPT WRITER

COPYWRITER

NOVELIST

TRANSLATOR

PHOTOGRAPHER

LAYOUT DESIGNER

PUBLIC RELATION OFFICER


Interested to join JOURNALISM @ IKIP?

IKIP International College,
Kampus Taman Gelora,
25050 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Tel: 09-5678999
Fax: 09-5677999
Tol Free: 180088999