Assalamualaikum & salam 1Malaysia,
Gejala pecah rumah memang kerap berlaku. Jika dulu, rumah yang kosong atau yang ditinggalkan untuk satu jangka masa yang lama akan dimasuki penjenayah. Tetapi kini penjenayah juga agak berani memasuki rumah yang masih berpenghuni dan memeras ugut.
Malah ada juga penjenayah yang berani membunuh asalkan apa yang mereka inginkan tercapai. Ayuh ikuti perkara-perkara yang menyebabkan gejala ini berlaku dan cara-cara untuk mengatasinya...
Bagaimana boleh berlaku?
- Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap.
- Menggunakan jack untuk membuka jerjak besi tingkap.
- Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
- Memasuki melalui bumbung rumah atau siling yang terbuka.
- Tingkap yang tidak berkunci atau terbuka.
- Menggunakan kunci pendua.
Sebab berlaku?
- Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong.
- Tidak bermuafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing.
- Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar.
- Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar yang tidak dihentikan.
- Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
Cara-cara mencegah:
- Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan.
- Sentiasa pasang lampu apabila keluar dari rumah.
- Jangan tinggal sebarang nota yang boleh membantu penjenayah bertindak.
- Jangan meletakkan barang-barang tajam sepeti cangkul, penyodok, besi, parang dan lain-lain di luar rumah.
- Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu dan menjamin keselamatan rumah.
- Memelihara anjing (bagi yang bukan beragama Islam) boleh membantu mengawal rumah.
- Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk rumah.
- Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak samun dan rumpun pokok boleh menjadi tempat persembunyian penjenayah.
Apa yang perlu dibuat jika berlaku pecah rumah?
- Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
- Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.
Informasi dipetik dari risalah edaran Pihak Polis Kontinjen Melaka "Bersama Memerangi Jenayah"
No comments:
Post a Comment