Nuffnang

Saturday, May 5, 2012

Perihal Buli

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Gambar dari
http://komunitikini.com/
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan menunjukkan kekuatan masing-masing.

Pembuli
  • Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima dan enam.
  • Fizikal si pembuli, bertubuh besar, tegap dan tinggi.
  • Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
  • Membuli salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
  • Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.
Mangsa Buli
  • Pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
  • Biasanya fizikal mangsa yang bertubuh kecil. 
Punca buli berlaku?
  • Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
  • Individu yang membuli ini mungkin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
  • Pembuli pernah menjadi mangsa buli.
  • Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hiperaktif atau cergas yang melampau dan bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
  • Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal dan mempunyai masalah disiplin.
  • Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan/tertekan.
  • Iri hati pada mangsa atas sebab disayangi guru atau cemerlang dalam pelajaran.
  • Akibat masalah keluarga.
  • Sekadar mahu berseronok. 


Jenis-jenis buli:
1. Buli fizikal - melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan. Paling ganas boleh menyebabkan kematian.

2. Buli mental - lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior. Sungguhpun, kes buli ini kurang mendapat perhatian media, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.

Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?
  • Pihak sekolah perlu mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi, atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli.
  • Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama ibu bapa.
  • Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.
  • Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.
  • Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.
  • Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.  

Informasi dari risalah edaran Pihak Polis Kontinjen Melaka "Bersama Memerangi Jenayah"

No comments:

Post a Comment

Knowing Us! :D

IKIP International College was established in 1992 and is fully owned by Yayasan Pahang. Our programs are accredited by Malaysian Qualifications Agency (MQA), and recognized by the Ministry of Higher Education for credit transfers at degree, masters and Ph.D level to our partner universities as well as other institutions of higher learning.

Besides running an internal programs, IKIP International College also running the franchise programs with internal and overseas universities to make sure the education opportunity in parallel with the Vision 2020.

Art, Design & Media

The field of Art, Design and Media is equally important as any engineering or business fields. Today's designers, artists and journalists are at the forefront of the development of Malaysian Art & Culture. Objectivity, creativity and attention to detail are the key components to a successful career in this field.

IKIP International College's Art, Design & Media programs have been closely developed together with our local partner universities to ensure all graduates are well versed in their chosen fields and able to communicate their ideas in the most creative way.

Faculty Strength

Learning technique focused on 60% of theory and 40% of practical.

Convocation ceremony and Diploma Awarded are fully handled by collaborated university.

Eligible to pursue Degree at collaborated university.

Qualify for credits exemptions from collaborated university.


CAREER OPPORTUNITIES IN JOURNALISM

JOURNALIST

EDITOR

RADIO & TV SCRIPT WRITER

COPYWRITER

NOVELIST

TRANSLATOR

PHOTOGRAPHER

LAYOUT DESIGNER

PUBLIC RELATION OFFICER


Interested to join JOURNALISM @ IKIP?

IKIP International College,
Kampus Taman Gelora,
25050 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Tel: 09-5678999
Fax: 09-5677999
Tol Free: 180088999