Assalamualaikum dan salam Bajet 2013,
Lebih kurang 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus
sebulan gaji. Bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah
bulan gaji yang sudah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lalu. Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan
pada bulan Disember ini manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.
Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri. Pemberian bonus terbabit diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan.