Nuffnang

Thursday, April 21, 2011

Sakit Jantung, Diabetes Jika Lama Tonton TV

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,
Imej dari Google
Satu kajian yang dilakukan di Univerity of Sydney mendapati kanak-kanak berusia enam tahun yang menghabiskan masa menonton televisyen mempunyai arteri yang menyempit di belakang mata mereka. Hal ini akan menyebabkan mereka mudah untuk mengidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes apabila usia mereka semakin meningkat.

Kanak-kanak yang melakukan aktiviti fizikal paling kerap iaitu setengah jam sehari atau lebih ternyata mempunyai arteri retina yang lebih lebar berbanding mereka yang kurang melakukan aktiviti fizikal. Hal ini membuktikan, gaya hidup tidak sihat akan mempengaruhi tahap kesihatan mereka apabila usia semakin meningkat.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan anak mereka bergerak dan melarang mereka daripada duduk atau berbaring terlalu lama di kerusi.  

Sumber dari BERNAMA.





Sunday, April 17, 2011

Keputusan Penuh Pilihan Raya Sarawak 2011

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Pada tarikh 16hb April 2011, telah berlangsung pilihanraya ke-10 negeri Sarawak. Sebanyak 71 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dipertandingkan. Ini merupakan pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah politik negeri ini apabila buat pertama kali kesemua 71 kerusi DUN ditandingi.

Berikut adalah calon yang berjaya mendapatkan kerusi bagi DUN masing-masing:

N1 OPAR dimenangi oleh RANUM AK MINA (BN-SUPP) dengan jumlah undian 3,360 undi, majoriti undi 2,006.

N2 TASIK BIRU dimenangi oleh DATUK PETER NANSIAN AK NGUSEI (BN-SPDP) dengan jumlah undian 5,829 undi, majoriti undi 2,072

N3 TANJONG DATU dimenangi oleh TAN SRI ADENAN SATEM (BN-PBB) dengan jumlah undian 4,218 undi, majoriti undi 4,136.

N4 PANTAI DAMAI dimenangi oleh DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI (BN-PBB) dengan jumlah undian 7,425 undi, majoriti undi 5,071.

N5 DEMAK LAUT dimenangi oleh DR MOHD HADZLAND ABANG HIPNI (BN-PBB) dengan jumlah undian 5,522 undi, majoriti 3,752.

N6 TUPONG dimenangi oleh DATUK DAUD ABDUL RAHMAN (BN-PBB) dengan jumlah undian 8,304: majoriti 4,572.

N7 SAMARIANG dimenangi oleh SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI (BN-PBB) dengan jumlah undian 8.008: majoriti 5,431.

N8 SATOK dimenangi oleh DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG (BN-PB) dengan jumlah undian 4,691; majoriti 2,798.

N9 PADUNGAN dimenangi oleh WONG KING WEI (DAP) dengan jumlah undian 11,957 undi; majoriti 7,884.

N10 PENDING dimenangi oleh VIOLET YONG WUI WUI (DAP) dengan jumlah undian 14,375 undi; majoriti 7,595.

Saturday, April 16, 2011

Pelbagai kaedah pembayaran balik PTPTN

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Info ringkas oleh: Siti Sarah Binti Bakar

Pelbagai kaedah yang telah diwujudkan oleh Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) untuk memudahkan peminjam membayar balik pinjaman.

1. Melalui potongan gaji - Cara ini diperkenalkan supaya memudahkan peminjam membayar balik pinjaman mereka dengan cepat dan mudah.

2. Melalui kaunter bank terpilih - PTPTN telah bekerjasama dengan pelbagai institusi kewangan bagi memudahkan pembayaran pinjaman PTPTN ini. Antara institusi kewangan yang terlibat adalah CIMB Bank (CIMB), Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Pos Malaysia Berhad dan Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Bagi yang membuat pembayaran melalui kaedah ini, mereka dikehendaki mengisi slip pembayaran dan setelah selasai dikehendaki menyimpan slip berkenaan bagi memudahkan urusan bersama PTPTN.

3. Bayaran melalui online - Antara institusi kewangan yang terlibat adalah MBB (www.maybank2u.com), CIMB (www.cimbclicks.com.my), BIMB (www.bankislam.biz), RHB (www.rhb.com.my), PUBLIC (www.pbebank.com), Pos Malaysia Berhad (www.posonline.com.my), AMBANK (www.ambankgroup.com). Sebanyak 50 sen sehingga RM1 akan dicaj bagi setiap transaksi. Cara ini juga tidak mempunyai resit dan peminjam dikehendaki mencetak resit pembayaran sendiri.

4. Melalui FPX -  Peminjam yang mempunyai akaun BIMB Bank, CIMB Bank, Maybank, Hong Leong Bank atau Public Bank sahaja boleh menggunakan cara ini. FPX singkatan bagi FINANCIAL PROCESS EXCHANGE ialah perkhidmatan melalui dalam talian yang diproses secara masa nyata (real time).

5. Bayaran dalam bentuk draf atau bayaran berpalang - Peminjam juga boleh membayar terus kepada PTPTN di alamat One Stop Center PTPTN , Unit 1 & 2A, 2B Level 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur, 50470 Kuala Lumpur atau Ibu Pejabat PTPTN, Tingkat 6, Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur.

6. Cara yang terakhir ialah melalui pengeluaran akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Peminjam boleh juga mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tetapi perlu mematuhi beberapa syarat yang telah disediakan oleh KWSP.

Setiap pinjaman perlulah menjelaskan semula pinjaman yang telah dibuat kerana itu adalah tanggungjawab seorang peminjam!





Pengakuan Raja Petra

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Info ringkas oleh: Hafizah Bt Abd.Halim

"Saya tidak menuduh!" kata Raja Petra Kamaruddin iaitu pengendali laman web Malaysiakini.

Banyak spekulasi mengenai kes pembunuhan Altatunya Shariibuu yang mengatakan Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia dan isterinya terlibat dalam kes ini. Sejauh manakah kebenaran yang perlu di cungkil? Isu ini sangat berat kerana melibatkan pemimpin negara.

Petikan dari Berita Harian, Raja Petra dikatakan didesak dan dipengaruhi oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Malaysia, bebas telur tiruan

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Gambar dari Google
Jabatan Veterina telah mengesahkan bahawa Malaysia, bebas dari telur tiruan. Isu ini hangat diperkatakan beberapa hari lalu apabila sample telur yang telah diambil dari sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang dikategorikan sebagai telur yang telah rosak atau bergred rendah.

Berikut adalah beberapa cara untuk mengenalpasti telur tiruan atau tidak:

1. Putih telur dan kuning telur akan segera bercampur apabila dipecahkan.
2. Cengkerangnya agak berkilat berbanding telur sebenar.
3. Kulitnya agak kasar apabila disentuh dengan tangan.
4. Apabila digoncang, ia akan berbunyi kerana lebihan air.
5. Telur tiruan tidak berbau.
6. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
7. Kuning telur akan mengembang tanpa disentuh ketika menggoreng.

Anda pengguna yang bijak! Buatlah pilihan yang tepat dan teliti dahulu barangan yang anda beli dari kedai runcit mahupun pasaraya agar kes-kes seperti ini dapat dielak.





Thursday, April 7, 2011

Saman Ekor?

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Sedikit pengenalan diri buat pelajar kami: 
Nama sebenarnya adalah Mohamad Fazrul Azrin bin Jumaat atau lebih mesra dengan panggilan BOB dikalangan rakan-rakan sekuliah. Peribadinya sangat ramah dan cepat mesra, baik dengan senior mahupun junior, mudah tersenyum dan suka menolong orang. 

Mendaftar sebagai pelajar IKIP pada sesi Julai - Disember 2008, bersama lebih 30 orang pelajar lain. (ketika itu; jumlah pelajar paling ramai). Sekarang Bob sedang menjalani Latihan Praktikal di Suria.FM dari 17 Januari - 6 Mei 2011. Sangat minat menulis walaupun ditempatkan di Jabatan Marketing and Communication, di Suria.FM. Bob tidak pernah menjadikan  tempat latihan praktikalnya sebagai penghalang untuk terus menulis!

Jika tiada aral melintang, Bob akan menamatkan pengajian pada bulan Mei ini dan akan bergraduat pada bulan Oktober 2011. Kami mengucapkan "Selamat Maju Jaya" kepada Bob, semoga terus kekal berkarya!

Knowing Us! :D

IKIP International College was established in 1992 and is fully owned by Yayasan Pahang. Our programs are accredited by Malaysian Qualifications Agency (MQA), and recognized by the Ministry of Higher Education for credit transfers at degree, masters and Ph.D level to our partner universities as well as other institutions of higher learning.

Besides running an internal programs, IKIP International College also running the franchise programs with internal and overseas universities to make sure the education opportunity in parallel with the Vision 2020.

Art, Design & Media

The field of Art, Design and Media is equally important as any engineering or business fields. Today's designers, artists and journalists are at the forefront of the development of Malaysian Art & Culture. Objectivity, creativity and attention to detail are the key components to a successful career in this field.

IKIP International College's Art, Design & Media programs have been closely developed together with our local partner universities to ensure all graduates are well versed in their chosen fields and able to communicate their ideas in the most creative way.

Faculty Strength

Learning technique focused on 60% of theory and 40% of practical.

Convocation ceremony and Diploma Awarded are fully handled by collaborated university.

Eligible to pursue Degree at collaborated university.

Qualify for credits exemptions from collaborated university.


CAREER OPPORTUNITIES IN JOURNALISM

JOURNALIST

EDITOR

RADIO & TV SCRIPT WRITER

COPYWRITER

NOVELIST

TRANSLATOR

PHOTOGRAPHER

LAYOUT DESIGNER

PUBLIC RELATION OFFICER


Interested to join JOURNALISM @ IKIP?

IKIP International College,
Kampus Taman Gelora,
25050 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Tel: 09-5678999
Fax: 09-5677999
Tol Free: 180088999