Assalamualaikum dan salam 1Malaysia, 
KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun koma dan 
dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas dipercayai 
dipukul teman lelaki ibunya dalam kejadian di Manir, dekat sini, 
kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa dipercayai dipukul suspek 
berusia 26 tahun ketika bersama ibunya berusia 22 tahun di kediaman 
lelaki terbabit. 
 
“Suspek  dipercayai memukul mangsa selepas berang dengan kanak-kanak terbabit yang dikatakan aktif dan membuat bising. 
“Mangsa yang cedera di kepala kemudian dikejarkan ke hospital dan kini
 ditempatkan di wad kanak-kanak hospital berkenaan,” kata sumber. 
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Negeri, K Manoharan yang 
dihubungi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak
 2001.
Katanya, identiti suspek sudah dikenal pasti dan usaha memburunya sedang dijalankan. 
DEL: Alahai... apa la dah jadi dengan manusia sekarang ni... Makin pelik dan kejam! Moga kanak-kanak ini segera sembuh... Amin...