Assalamualaikum & salam 1Malaysia,
Petaling Jaya: Kementerian Kesihatan menasihati rakyat Malaysia,
khususnya yang lahir sebelum 1989, agar menjalani saringan penyakit
hepatitis.
Ini berikutan, bilangan kes baru terutama Hepatitis B dan C meningkat sekali ganda tahun lalu berbanding 2010, iaitu daripada 640 kes kepada 1,250 kes bagi Hepatitis B dan 724 kepada 1,047 untuk Hepatitis C.

Berikutan itu, orang ramai diminta mengambil kesempatan menjalani
saringan percuma yang ditawar 20 hospital kerajaan di seluruh negara
sempena kempen Hari Hepatitis Dunia 2012.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata ramai yang
berpendapat hepatitis sudah tidak wujud dan tidak mengambil vaksin.
“Dianggarkan ada tiga hingga enam penghidap bagi kedua-dua jenis penyakit itu bagi setiap 100,000 penduduk dan 80 peratus daripada mereka berusia 25 hingga 55 tahun,” katanya.
Liow berkata, walaupun Malaysia diisytihar Pertubuhan Kesihatan Sedunia mencapai matlamat mengawal Hepatitis B menerusi program vaksin untuk kanak-kanak yang dilancar pada 1989, mereka yang lahir sebelum itu mungkin menyumbang kepada peningkatannya sekarang.
Beliau juga bimbang penyakit itu yang lebih mudah dijangkiti berbanding HIV dan dikenal pasti antara penyumbang kepada 1.4 juta penghidap barah hati di negara ini akan menjadi satu epidemik jika tiada tindakan diambil.

“Penyakit maut ini berada di luar radar pengawasan kita buat
sekian lama dan diabaikan sekalipun notifikasi jangkitan hepatitis
adalah mandatori mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit
Berjangkit,” katanya.
Kempen yang bermula semalam hingga Ahad di pusat beli-belah One Utama di sini itu bertemakan Its Closer Than You Think, antara lain menumpukan usaha meningkatkan kesedaran umum terhadap penyakit itu. – BERNAMA

okay...take note
ReplyDeletetakutnya :(
Deletehttp://onetwothree-and4.blogspot.com/2012/07/13-perkara-yang-perlu-wanita-islam-jaga.html
huh..kena pergi check la ni
ReplyDeletebagus juga ni. KA pown last check dn ambik last few years back
ReplyDeleteone utama ! dekat dah tu...masa , masa , pulak yg x der mcm mana?kekeke
ReplyDelete